Tuesday, November 8, 2011

Bila Pompuan Syiok Terlebih

Masalah pompuan perasan ni bukan baru dah lama, bila lelaki layan lebih skit mulanya si pompuan declare teman tapi mesra.  Lelaki sebenarnya bukan syiok sangat pun kenkadang layan untuk kepentingan ja, ada la yang dia rasa ada kat pompuan tu untuk dipergunakan.  Kenapa lelaki suka mempermainkan perasaan wanita ek, ni aku tak faham, kalau tak suka layan biasa2 ja la, jangan la buat kaum hawa gila meroyan sesensorang. Itu aku kasihan kepada mereka2 yang terlibat sebab kenkadang lelaki yang depa dok meroyan tu pun ada cikai ada yang pokai, ada yang terlalu sempurna.  Tu la manusia kenkadang tak pandai nak beli baju, kalau nak beli pun biarlah berpadan, dek kerana terlalu nak menamatkan zaman bujang, sanggup meroyan dua tiga empat pagi.  Kenkadang kita perlu bercermin juga untuk mendapat sesuatu yang sempurna, tapi tidak dinafikan miracle akan muncul dengan kuasa tuhan, so banyak2 la bersabar jangan terdesak untuk mendapatkan.

Perempuan kalau dah gila banget sama lelaki, mula rasa cemburu pada kaum sejenis, sesiapa saja dianggap pesaing, walaupun kalau diikutkan pada akal fikiran si pesaing tidaklah begitu minat dengan lelaki yang diminati itu.  Perempuan kalau dah gila meroyan sanggup berbuat apa saja itu yang perlu ditakutkan,sebab maruah boleh tergadai, harta benda sanggup diserahkan demi kerana kekasih yang digilai.  Ada juga perempuan yang konon2nya sanggup mengenepikan status dan pangkat demi untuk mendapatkan lelaki pujaan, yang pada hakikatnya tidak sesuai langsung dengannya.  Lelaki sebegini hanya mencari ruang untuk mendapat kesenangan bukannya jujur dan ikhlas pada percintaan dan kasih sayang.  Lelaki sebegini akan datang dan pergi, kadang2 lelaki sebegini hanya menggunakan air liur untuk mengaburkan wanita supaya percaya yang dia benar2 sukakannya, tapi hakikatnya untuk kepentingan diri sahaja.

Perempuan kalau tersuka atau tersyiok lebih amat berbahaya takut terserah body plak, tu yang perlu ditakutkan, tapi ramai dah amalkan budaya berat.  First date, second date dah sanggup gadai maruah, kasi semua habis, lelaki juga untung sana rasa sini rasa, sapa yang rugi lepas serah baru nak menangis bila lelaki dah hilang, barulah menyesal.  Time masalah cari siapa, family juga yang dengar, family gak yang nasihat, family gak yang berusaha untuk menceriakan dan memulihkan semangat, tapi time syiok bercinta bukan nak dengar cakap orang pun.  Buat perangai sesuka hati, berlagak tak tentu hala demi kekasih yang dicintai kononnya2 yang nak ajak berkawin, kenkadang dah dua tiga kali terkena pun tak serik2 juga.  Bukan nak menghalang dari berkasih sayang tapi perlu berhati2 jangan sampai terjual body, jangan sampai tertipu dengan kata2 palsu. 

Kenkadang lelaki yang berkahwin pun cam jantan tak guna pun ada, berpura2 baik depan bini cakap macam alim ulamak, menangkis segala tohmahan isteri tapi belakang bini perangai cam haram ja.  Aku lagi suka lelaki yang cakap tegas dan orang utara cakap macam gengster la, dia orang kalau cakap memang cakap betul tak la pura.  Berbanding orang yang cakap manis2 depan, malu2 kucing sebenarnya perangai cam satannz.  Berdasarkan pengalaman sendiri lelaki2 berkawin ni kenkadang lagi kurang ajar, nak makan free kat luar, balik umah cakap cam ustaz kat bini, sebenarnya takut bini.  Lelaki yang baik dan beragama kalau dah berkenan dan berkemampuan terus akan ajak nikah bukan ajak buat maksiat.  Itu lelaki kurang ajar namanya, muka dah la tak berapa hensem, walaupun berkedudukan perempuan bodoh je akan terpedaya.  Kenkadang kalau dah nak terkantoi, kuasa tuhan mengatasi segalanya..percayalah bahawa allah maha melihat dan mengetahui apa yang tersirat dan tersirat di sebalik naluri manusia.  Jangan menuduh satanz punya angkara kalau sendiri mempunyai keinginan untuk melakukan maksiat.

Ada juga lelaki yang berkahwin bertanggungjawab, sanggup berkahwin dan merahsiakan dari famili, perempuan juga begitu kawin diam2 sanggup merahsiakan dari mak dan bapak, dah lama pendam dah empat tahun, tapi sampai bila nak rahsiakan.  Perempuan mana boleh berahsia, kalau dah mengandung, mesti ada bapanya kan, apa lagi terpaksa la cita apa yang berlaku, dah lama kawin kat Narathiwat rupanya, ermm tak sangka la juga perempuan yang dianggap baik dan menurut kata family, baik budi pekerti, jaga adat melayu tapi bila syiok terlebih sanggup kawin kat Siam, saja nak memalukan adik beradik.  Sekarang bila timbul masalah bini pertama mengamuk, nasib siapa yang rugi bini keduakan, malu kena amuk kat ofis, sapa soh gatai menikah dulu.  Ha ha, kalau dulu asyik mengumpat orang, bila dah jadi kat diri sendiri pandai plak cover, sebagai peringatan, walau apapun orang lain buat salah jangan la dok dan kata kat orang sebab diri sendiri pun bernafsu dan ada perasaan.

Kepada pompuan2 yang syiok terlebih jangan la terpedaya, berfikir dan beringatlah sebelum terkena tapi jika kuasa tuhan mengatasi segalanya anggaplah itu satu ketentuan ilahi.

 

No comments: