Sunday, November 6, 2011

Pemanis Muka

Pernahkah anda terpandang wajah yang menggunakan ayat pemanis muka ni?  Anda sedar ke tak sedar bahawa kenkadang ada orang yang mengamalkan ilmu ni..  Sebenarnya aku malas layan dan nak caya menda2 cam nie, tapi aku rasa benda ni wujud la.  Aku ada experience beberapa kali yang mana aku jadi gila bayang tengok muka orang yang aku rasa sebenarnya tak la handsome sangat tapi balik umah aku dok rayan meroyan.Tengok sana nampak muka dia tengok sini nampak muka dia, sebenarnya dia bukan suka kita ka tetapi dek kerana ayat yang diamalkan memang tak senang duduk aku.  Dia tahu kita jadi meroyan gila dia tapi dia wat tak tahu ja may be tujuan dia nak test power.

Salu orang yang amalkan ilmu cenggini takut pada bayang2 sendiri, omputih cakap tak confident, ha ha.  Aku bukan nak berlagak la dengan orang yang amal ilmu cam ni, tapi alhamdullilah aku dapat kenal pasti walaupun dalam masa yang sama aku terkena.  Macam mana aku kenalpasti tu tak yah nak cite kat sini, insyallah akan dapat petunjuk dari ilahi, tak kisahlah dari mana sumber yang kita dapat.  Yang pentingnya kita harus beringat ja, alhamdullilah dalam mimpi pun kita akan dapat petunjuk.  Aku salu tertanya2 nape orang nak guna ilmu2 cam ni nak kenakan orang, nape tak jujur dengan diri sendiri.  Apa tujuan dan apa yang dia dapat aku pun tak faham.

Kenkadang apa yang kita tahu dan apa yang kita rasa, tak leh nak cite ngan semua orang sangat sebab tak semua orang percaya dengan apa yang kita cakap dan alami.  Hanya sesetengah orang yang dapat merasai apa yang aku rasa akan faham dengan apa yang aku cite.  Aku malas nak cite ngan semua orang sebab aku tak nak orang salah ertikan apa yang aku rasa dan apa yang dia orang akan cakap, of course depa akan cakap mengarut.  Biar la aku malas nak terang, biar la depa rasa sendiri baru la depa sedar apa yang aku rasa.  Instinct aku salunya betul, tapi kuasa tuhan mungkin salah juga, aku bukan orang yang boleh dipemainkan sewenang-wenangnya. Orang lain terkena, aku hanya mampu memandang dari jauh, aku tak tahu bagaimana nak cakap, aku tak tahu adakah dia orang rasa apa yang aku rasa.  Anyway aku wish luck kat orang yang suka guna ilmu2 cenggini.  Yang aku pasti kalau amalan benda kotor, menda ni muncul pun tempat kotor...

Alhamdullilah kalau aku dapat elak aku akan elak, tapi kalau tak dapat elak tu semua kuasa allah, aku berserah ja.  Aku harap ilmu ni tak digunakan untuk tujuan kepentingan diri, menganiayai orang dan untuk nafsu serakah.  Moga2 orang yang suka ilmu2 ni sedar dia mengamalkan ilmu salah dan kembali ke pangkal jalan.


No comments: