Thursday, December 1, 2011

Impian Nak Direalisasikan

Yippieyay, yippieyay, harap2 jadi la, tetiba kak Saadiah message ajak gi Korea.  Banyak negara dah dia ajak aku, lepas balik Beijing, terpaksa aku reject, dia ajak gi NZ, dia ajak gi Europe, Vietnam dan Bangkok.  Tapi tak leh la kena amik cuti lama this year cuti aku lepas Julai dah abis la.  Memang aku tunggu trip gi Korea ni, ajak kenkawan endah tak endah jawab email, so walau apa pun terjadi aku on je.  Kakak2 yang gi Beijing banyak gak follow trip ni, so aku tak dak masalah aku dah kenal depa, masa aku sakit kat Beijing depa semua jaga aku elok ja, amik berat macam adik2 depa.  Aku bukan sakit apa, kulit muka aku tak tak tahan dengan kesejukan Beijing yang melampau tu masa time aku pi tu.  Lagi satu masa gi sana aku period kat sana, memang la teruk dengan sejuk lagi, dengan asyik makan sayur ja, aku happy ja gi sana, walaupun terkandas satu hari. Perut leper gila asik makan sayur ngan teh cina ja, sampai aku rasa nape la aku mai Beijing ni dah la sejuk tahap gaban aku rindu Mesia, aku rindu nasi lemak aku rindu teh tarik.  Alhamdullilah aku masih sayangkan Malaysia.

Memang aku ada niat dan nekad nak juga habiskan negara kat Asia Tenggara before aku gi barat, so target aku memang la Korea dan Japan.  Sebenarnya negara idaman aku adalah Japan, cuma aku perlukan kenkawan untuk menjejak ke sana, tak semua orang suka dengan Japan cam aku suka, aku suka Bunga Sakura Japan, tapi kat Korea pun ada cuma bila sebut bunga sakura Japan punya bunga lagi best kot.  He he aku rasa tak sabar nak jejak kaki kat Japan, insyallah selagi ada nawaitu dengan keiizinan dapat juga aku menjejak kaki ke sana.  Dengan keadaan Japan sekarang asyik dilanda malapetaka saja, so aku lupakan niat dulu untuk jejak kaki ke sana, insyallah aku tetap akan melawat Japan, ini janjiku. My best frenz, of coz from Penang ajak gi UK next year coz cousin dia ada kat sana, so before dia balik abis further study dia suruh gi jenjalan, so aku diajak untuk ke sana, insyallah kalau ada rezeki, dapat duit umah terbengkalai aku ikut la yer.

Korea oh Korea, kalau ikut pakej tu, aku dah cop nama la, kalau kenkawan yang aku ajak x nak pi, aku on je gi.  Pakej RM2788, pada aku murah la ni time springs so dapat la tengok bunga2 yang cantik di sana nanti.  Kalau pergi negara2 cam ni aku suka gi ngan pakej bukan berlagak cuma kenkadang adventure sendiri wat kita penat skit sebab terpaksa wat research sendiri before jejak sana, kalau ngan ejen semua disediakan, dijemput, dibawa ke mana2 senang la pada aku.  Harap2 jadilah pakej Korea ni, aku bukan apa sebab aku rasa dah lama sangat aku pendam nak melawat Korea ni.  Macam aku pendam nak lawat Beijing, China dan Hong Kong, insyallah jika ada nawaitu impian kita akan terlaksana antara cepat dan lambat ja, alhamdullilah untuk aku sekirannya dapat pergi cepat.

Sebenarnya aku amat berharap dapat gi umrah dulu before gi Korea, insyallah kalau diberi peluang.  Lepas tu baru gi Korea, dan ada lagi negara aku teringin nak gi, Vietnam, Australia dan New Zealand, sabar yer, insyallah impian anda akan terlaksana jika ada rezeki


No comments: