Tuesday, February 28, 2012

Mendaki Bukit Gasing 25 Feb 2012@Petaling Jaya, Selangor

Mungkin ramai yang terlepas pandang akan kewujudan Bukit Gasing ni, aku dah tahu lama sebab dulu aku duduk kat Condo Gasing Height dengan amoi Patsy dan adik.  Masa dok kat condo ni banyak kenangan tul, kenangan banyak hantu kat sini, kenangan ada orang bunuh diri, kenangan mandi swimming pool, sebab kat sini la aku belajar berenang seminggu terus dapat, gaya bebas je.  Nak belajar lebih tengok badan dah lekat klorin aku dah malas, masa tu aku suka pakai sleeveless so tak lawo la berbekas baju mandi aku tu.  Biasala time minat tu datang hari2 turun kolam, time dah malas baju mandi tengok pun tak heran.  Kolam kat Gasing Height ni besar juga so selesa la kalau nak belajar swim. Masa ni memang pakai swimsuit yg sexy aja, mentang2 banyak foreigner, adoi tak rasa malu langsung.

Pintu gerbang Bukit Gasing
Walaupun aku dok kat area ni, ni area orang kaya Taman Gasing, semua pakai kete besaq, rumah pun lawo, banyak orang melayu pun kat sini, aku tak pernah hike Bukit Gasing.  So bila ada kenkawan Fesbuk naik aku nampak picture depa dalam FB aku dan geng mula mengatur langkah untuk naik kat atas sana.  Pada mulanya aku rasa naik bukit ni sempoi dan tak mencabar tapi boleh tahan juga naiknya, penat juga nak cari puncak, tanah tak flat sangat kena mendaki gak la.  Ehem jangan sangka ye bukit di tengah bandar senang didaki, rupanya bukit ni pun leh tahan liar cam orang bandar liar juga la.  Kedudukan yang strategik di Petaling Jaya, tapi kalau parking susah sikit la, sebab entrance ke sini adalah taman perumahan, rumah2 orang kaya.

Kami berlima bukan main lagi janji dalam FB, hantar message nak gi hari Sabtu iaitu bersamaan 25 Februari 2012, tapi tiba hari yang dijanji dua orang ja datang, sapa yang datang aku ngan Fanim ja.  Wan terbabas, Del masuk explorerace, Rehan kaki sakit dan aku hampir terbabas juga. Aku tersedar 7.20a.m, tapi Bukit Gasing tu tak la jauh dengan rumah aku so aku rasa masih sempat la nak pi, mandi2 tengok ada miss call dari Fanim n SMS alamak memang aku terlewat arr. Nasib aku agak baik dah la parking dapat senang so tak la meraban aku cari parking, masuk entrance aku tengok hutan ni biasa saja, he he pandang rendah la kan mula2, macam tak adventure ja.  Yang kelakar dua2 orang tak taw jalan tapi eksyen macam terer, main redah ja, mana mau pi tak taw la.  Budaya jumpa dalam hutan Bukit Gasing ni best aku rasa, mesti wish "Good Morning" so rasa cam friendly masuk hutan ni, budaya orang kaya la kot, he he.  Aku rasa majoriti penduduk area situ yang datang naik bukit ni.

Mula2 kami hampir salah jalan gak sebab jalan banyak sangat, denai2 kecil berpecah2 memang buat orang confuse, akhirnya kami decide la buat2 tunggu orang nak follow dari belakang.  Setiap kali kami tanya, orang tu cakap "follow me" lepas tu orang tu hilang, nak tahu nape hilang, biasanya bila berselisih dengan orang lain kami tertinggal la, mau pula yang bawa anjing memang la kami menyisir di tepi so kami jadi slow la nak follow orang yang cakap soh follow depa tu.  Teruk juga denai dia mendaki kena ada tongkat la kami naik guna kayu menyesal aku tak bawa tongkat aku dalam kete, aku dah beli ingatkan sempoi ja jalan dia rupanya mendaki cam naik tangga juga.  So next trip kenala bawa tongkat sakti aku tu, semalam ujan tanah lembab dan basah so kena careful juga takut terseliuh dan tergelecek abis arr esok nak Walk for Children plak kat Taman Merbok, KL pula.
Pisang hutan pun ada tumbuh kat sini

Pokok keladi dia orang tanam ni

Tak tahu la nama pokok ni apa

Asyik meraban ja cari jalan aku ngan Fanim, akhirnya sampai la kami kat Tower nak view dari atas, tinggi la menara ni aku ni gayat sikit so kena la careful.  Sampai kat situ ramai plak orang stop, rupanya ada rombongan dari company mana ntah, oleh kerana boss depa suka naik bukit tu so dia paksa semua staff naik la untuk exercise, bestkan, kelakar pun ada bila dengar.  Aku nampak banyak juga rombongan family ajar anak2 untuk exercise mostly Chinese la, Malay tak ramai sangat Indian pun sama banyak ngan Malay saja.  Aku rasa trail dia cam menurun tangga, kalau di compare masa naik tadi mudah sikit, tapi bila kami tengok2 balik ada banyak jalan la bukan satu ja.  Kami balik macam jalan senang sikit, rupanya ada jalan lagi susah la, mendaki mencanak la aku nampak, sib baik tak ikut jalan tu kalau idak aku rasa tak masuk dah Walk for Children tu. 

Tower ni nak view pemandangan dari sini

Posing la skit aku gayat taw dok ataih ni
On the way nak balik ada rombongan budak UIA yang muda2 tapi sanggup tanya soklan susah tak kak? Kelakar la sangat aku rasa depa fit dari susuk tubuh dan gaya berjalan rupanya hampes penakut, masa nak keluar pun ada rombongan pengakap dari Sekolah Assunta dan Sekolah La Salle, combine masuk dalam ni , budak pompuan dibantu oleh pengakap lelaki untuk masuk wat jungle trekking la kot.  Alahai teringat plak zaman dulu masa aku Girl Guide, pi camping pi jungle trekking masuk hutan kuar hutan, best juga, masa campfire menari , cikgu pesan jangan mengorat jaga nama baik Convent sekolah kita, fuh ingat2 nak gelak pun ada.  Adik2 ni sporting ada yang memberi pose menarik untuk aku amik gambar, tapi yang paling kelakar aku rasa bila time aku nak bergambar aku ada je budak2 ni kat belakang aku. 

Student UIA takut nak jungle trekking

Baru nak bergambar kat pintu gerbang time nak balik ada pula adik2 sekolah

Budak Sekolah Assunta

Balik dari naik Bukit Gasing ni aku pi makan nasi lemak rindu kat Pantai Dalam, kemudian balik rumah mandi makan panadol dua biji lena sat.  Sebenarnya aku bukan sakit naik bukit ni aku rasa tak sedap badan masa balik kerja semalam lagi.  Makan ubat siap2 untuk prevent dari melarat la..

No comments: