Thursday, February 2, 2012

Tengok Movie@The Mysterious Island

Hari Wilayah 1 February 2012, tak tahu nak buat apa aku n the geng layan movie la kat TGV, Wangsa Walk.  walaupun sebenarnya kalau apply cuti 2 hari boleh aku cuti panjang dapat seminggu. Tapi banyak aktiviti yang aku rasa nak buat tahun ni so aku jaga la skit cuti aku tahun ni tak nak jadi cam tahun lepas, lepas bulan Julai aku pekim cuti la, bila orang ajak jenjalan aku kira cuti cukup aku nak ambil hari raya posa ngan ari raya aji ja.  So this year aku kena careful sikit la, end of the year aku mau pigi bercuti juga tak mau la tengok orang cuti saja aku tengok gambar saja, jelez la plak.

Bila Shafiq message kat Facebook tanya nak tengok movie tak aku kata ok ja, lagi pun tak pi memana, cuma kemas rumah sikit2 saja, vacum umah pun aku wat memalam la ni.  Dalam pukul 2.30p.m aku kuar rumah sebab takut jem, ari ni aku cuba jalan baru saja nak tgk mana lagi cepat, may be sebab orang Wilayah cuti, jalan tak jem so aku rasa ikut jalan ni cam cepat la sikit.  Rasa cam kelakar aku tak tau tajuk apa nak tengok pi terus layan ja, ah redah ja la, aku layan sebab bowink la ni. Cuti tak taw pi mana, nak pi jenjalan pun baru balik Saigon, penat lum abis lagi, nak tulis dalam blog cam malas lagi sebab rasa macam banyak ja aku nak update.  Nak kutuk ada ha ha, tapi may be orang yang suka tak la kutuk pi Vietnam ni, aku kutuk rapat juga, nanti aku kutuk lam citer aku pi jalan Vietnam tu ek.

Aku, Shafiq, Fanim ngan Nomi layan movie "The Mysterious Island", aku taw kami nak tengok cite ni time nak amik tiket ja.  Cita mat salleh besa la unsur tipu memang banyak tapi, dah movie layan ja la.  Yang aku tak leh tahan adakah patut aku n d gengs ni jerit terkejut satu pawagam, kelakarnya bila ingat balik, punya la menghayati sampai terkejut cam tu.  Cita budak2 sekolah kami tengok pun rasa takut, kah kah sepanjang perjalanan balik bila ingat balik aku nak gelak sensorang pun ada.  Yang lagi kelakar bila dah abis baru aku nampak siapa2 yang menonton filem ni, banyak golongan cilik dipimpin oleh ibu bapa, ni lagi kelakarkan sebab kami jerit sangat kuat kalah budak2 tu.  Fanim lagi la penakut sampai terkejut2 nengok ikan letrik tu nak terjah kapal selam tu.  He he..ni la cita yang aku rasa paling kelakar aku tengok walaupun tak seram aku tengok macam seram sangat. 

Lepas movie kami layan minum kat Sweet Bowl, cita balik pasal gelagat lam panggung memang rasa gelihati, gossip sikit lepas tu kami pun bersurai balik.  Fanim sambung masuk CF, aku, Shafiq dan Nomi balik la apa lagi.  Agak2 bila aku nak tulis dalam blog pasal trip pi vietnam aku, tengok la, salunya kalau aku bercerita dalam blog ni ikut mood baru sedap mengarang kalau idak hambar skit, kalau tak sedap plak kalau orang baca.  Tapi kalau idea datang mencurah2 satu hari 4 karangan aku boleh buat, may be keletihan balik hari tu buat aku hilang mood lagi, la ni tengah pulih skit, insyallah aku akan tulis secepat mungkin.






No comments: