Tuesday, February 28, 2012

Terpaksa Beli Jeans

Terpaksa aku memang terpaksa, nak tau nape aku terpaksa, aku terpaksa beli suaq jeans baru sebab paha aku dah jadi drumstick yang amat menyakitkan bila aku pakai jeans lama aku.  Sungguh sedih tapi terima dengan redha, nak beli jeans aku fikir 10 kali bukan sebab apa, sebab aku terpaksa beli size yang agak bear sikit tu yang aku tak suka.  Badan aku jenis turun naik so memang susah nak jangka bila nak kurus bila nak gemuk, tapi sekali ni aku rasa paha aku yang membesar. Takut paha aku melecek, so aku beli la suaq baru, jangan marah 3 lai aku beli harga satu jeans yang biasa aku beli kat kedai jenama kesukaan aku , aku boleh dapat 3 helai jeans, aku tak nak beli yang mahal duli nak tgk setakat mana paha aku nak membesar.  Sebenarnya ni kesan kemalasan aku untuk exercise dan stop aerodance, dulu salu ada exercise paha tak la besaq tapi la ni Novem stop class cam ne aku nak buat.

Yang aku pelik bila aku buat exercise, pi mana2 energy aku cam out plak, tapi bila tak buat aku elok ja, leh pi sana sini tanpa penat.  Yang cuma merunsingkan aku paha aku membesar je, memang paha aku besar tapi kalau tak exercise lagi besar la. Nak tahu aku napa paha aku besar, aku  rasa paha aku besar ni sebab aku dah start main netball masa aku darjah empat la.  Aku bukan baru start exercise di usia2 sebegini, tu yang aku nak gelak bila ada orang sombong cakap pasal work out ngan aku sedangkan baru setaun jagung dia buat.  Kalau kat sekolah sapa tak kenal aku main netball aku la juara, orang semua belajar aku keluar class sebab nak balik awai nak gi main netball.  Masa kat Convent ada gak main handball kejap tapi masa tu dah kritikal nak SPM aku tarik diri sebab takut SPM hancus.  La ni aku layan futsal ja, main indoor tak hitam kalau layan padang panas woo, aku dah lama itam masa dulu2 la ni kena jaga sikit.

Masa kat High School BM, masa tu form Six, main netball kat sini la bermula kaki aku injured, start dari tu aku kurang skit tapi kalau landing aku guna kaki kiri ok ja.  Aku memang fit dari dulu masa sekolah injured pun main lagi, letak minyak kuda demi nak menang untuk pasukan aku.  Aku kalau bersukan dulu bermatian2 untuk menang, tapi lately ni kalau aku main futsal aku banyak careful la aku tak nak kaki aku injured cam orang lain aku masih sayangkan kaki dan bodyku.  Bukan nak cite pasal ni sebenarnya aku nak cita pasal suaq jeans la, hari Sabtu gi Parkson, OUG, aku memang nawaitu nak beli tapi tak la aku sangka aku rembat 3 helai jeans.  Semuanya gara-gara aku tak tahan la pakai Jeans Zara aku, Jeans Levis aku, Jeans MNG aku, dan Jeans lain2 yang menyakitkan paha aku, oh aku dah gemuk ka, sebenarnya aku suka bontot ada isi skit, tapi paha besaq sangat aku tak suka, kena wat sesuatu ni.

Aku beli jeans murah2 dulu sebab aku nak kemaskinikan badan aku supaya aku akan kelihatan kurus semasa gi Korea bulan 5 ni, he he.  Perlu untuk cantik sebab time aku pi tu musim bunga, oh mesti cantik so untuk memakai legging dan menjadi Korean aku perlu kecilkan paha dan body la sikit.  Ha ha aku tak taw la ada tak orang macam aku ni, nak pi negara orang buat sesuatu untuk sesuatu.  Aku ni pelik skit suka wat hal suka2 hati aku, kalau boleh aku tak suka orang kontrol apa aku nak buat aku rasa rimas, may be aku dah terbiasa hidup independent so aku tak perlu orang untuk mengarah apa aku nak buat.  Aku suka aku buat aku tak suka, pujuk macam mana pun jangan harap la aku nak buat, pelbagai ribu alasan aku kasi.  Tapi kalau aku suka, habis berapa pun aku suka la, cam main futsal la banyak kali tobat tak mau main, sakit la tapi dah aku suka tak main gian la pula.

Jeans oh jeans aku harap paha aku tak besar lagi aku malas pakai jenama aku tak suka, perlu bertaubat supaya rajin untuk exercise, berjanjilah pada diri sendiri jangan malas2 yer jangan makan overload.  Jangan malas gerak, jangan malas nak parking depan pintu malas jalan, jangan malas gi jogging petang, semua jangan malas la nanti badan cam belon.  Nanti kena beli suaq jeans lagi baru padan muka aku, hu hu...


No comments: