Tuesday, October 4, 2011

Baju

Bermacam2 fesyen baju ada kat dunia ni, tapi tak semua sesuai dipakai, ikut negara ikut cuaca ikut tempat ikut masa dan ikut adat resam.  Segala fesyen mak nenek ada, dulu ada kini ada sebenarnya berputar ja fesyen baju kita. Kalau buat buku beratus pun, actually fesyen ni rotate ja, nape aku cakap cam tu, mak salu cakap semua baju aku pakai dia dah pakai dulu2, nampaknya cam tak dak perkembangan dalam duni fesyen sangat la.  Baju apa yang sesuai dipakai sepanjang zaman udah tentu baju kurungkan. Lately ni aku suka pakai baju kurung ja gi kerja tak tahu nape, tapi aku rasa aku tahu nape aku selesa pakai baju kurung.  Semua ni gara2 rambut dah panjang mengurai cam pontianak.  Kalau pakai baju berkolar tak kemas la, rambut tak lurus terus, so kalau pakai baju x berkolar so nampak elok sikit rambut tu, selesa sikit tak merimaskan, tapi rambut aku sikit jew so kalau simpan panjang pung tak la membebankan.  Dari kecil aku memang menyimpan rambut panjang, so tak jadi masalah aku nak biar rambut mengurai cam hantu raya la kan.  Jangan main2 ramai peminat rambut aku tau, dulu2 tak kira tua atau muda, kalau aku potong semua depa marah aku, pernah sekali aku tertekan kena marah ngan lelaki2 kat kedai, depa cakap bodoh potong rambut.  Eei geramnya aku dengar depa cakap cam tu, depa suka la tengok aku buat tocang samurai la kot, depa suka tengok aku ikat tocang dua pi sekolah.

Baju kebaya aku kurang minat dah la ni sebab nampak susuk tubuh aku yang padat, buat aku tak selesa bila dipandang lelaki dan buat aku tertekan sebab tak boleh makan, tambah2 dekat nak period lain macam punya padat dan sendat.  Banyak kain aku beli kat Bandung la, kat Jakarta la, kat Padang, Bukit Tinggi sebab tu aku dah suka pakai baju kurung, cuma quality buatan sana tak leh tanding dengan mesia aku rasa, coz barang2 yang aku shopping banyak gak dah rosak etc, handbag, kasut dan baju.  Nampak cantik tapi tak tahan, sutera dan sulam mudah terkoyak la dan nampak buruk, kalau mesia punya sutera pakai la bertahun2 tetap nampak baru dan sedap mata memandang.  Baju kurung aku ada juga dari India tau, kain sari, he he, nampak cantik juga tapi tak boleh ganaz memakai dan kena lembut menjaga. 

Aku ada kain songket dah 4 tahun ke 5 tahun aku beli tapi aku lum tempah, nak tahu kenapa aku beli, mak frust baju kebaya songket dia hilang so aku beli la, tapi aku beli untuk aku la. Konon2 kalau kawin nak pakai kain songket tapi disebabkan2 tak kawin2 aku nak buat ja baju kat aku untuk pakai majlis rasmi.  Hari tu ingat nak tempah ngan taylor sengal aku tapi sebab dia asyik kelentong aku ja, nak siap baju so aku tak jadi nak kasi la.  Cantik taw kain songket tu aku beli ngan osmate aku dia orang ganu, beli dapat murah sebab kak dia yang keje kat kedai tu so aku dapat separuh harga RM400, kak dia tenun songket tu kot, kalau beli kat kedai RM800. So kira aku bertuah la kan dapat beli dengan murah.

Kalau kita orang Melayu, pakai baju kurung ja la kalau pakai sari dah jadi India, kalau pakai Cheongsam jadi Cina.  Sebenarnya sari aku pernah pakai, tapi tak ingat pic kat mana, cheongsam pun aku ada taw, buat masa ni ada dalam almari aku. Oh kalau dulu aku pakai semua orang ingat aku amoi, merah menyala, belah kiri kana, kalau tak pakai sock memang nampak lawanya peha, silap2 nampak spende..Oooh nape la aku minat beli baju ni, la ni dok lam almari macam tak berguna ja.  Baju ready made aku suka juga beli tahun ni aku beli satu kat SOGO, tiap2 tahun beli ready made mesti wajib la aku ni.  Walaupun la ni aku suka pakai baju raya pi opis, kat luar aku suka pakai sleeveless gak la..panaih, pakai short pelbagai rasa lega...



Kain Sari

Kain dari Bukit Tinggi


Sama la ni Made in Indon

Baju dari Indon, kain dari Sabah kot


Ni baju ready made aku, from SOGO

Bukit Tinggi mari juga ni







No comments: