Hari ahad aku tak jogging sebab aku gi merayau shopping complex, gi pong cuaca tak ok gelap gulita, cam ne nak jog, kang kena ujan demam plak aku ni. Aku ni susah nak demam tapi kalau demam, macam tobat nak demam la. Sebenarnya yang menjadi kemalasan pada aku juga bila kaki aku yang menyepak bola tu, lum baik arr. Apa aku nak buat kaki hah, kaki tak mau baik2, kena cantik plak kat tempat rempat tu. Oh aku miss la plak tak jogging kat Tasik Perdana tu. I luv the environment, hijau, masih terpelihara kesucian pokok2 yang mendamaikan. Ada ballack yang run kat situ additional tarikan la, bukannya sebab ballack tu sangat aku jog kat sini, aku sukakan tasik ni sebab nyaman damai tau. Kalau jog kat Taman Jaya, alahai ayaq longkang bau, dah la ada mamat gila banyak, adus aku tersiksa, kalau pergi kerana terpaksa ja.
Semalam aku gi jogging ngan Shafiq dan Fanim kat Tasik Titiwangsa, jog memalam, adus biar betul apa yang aku buat ni. Memandangkan aku tak jog ari ahad so aku pun ikut ja, sports attire semua memang sedia ada dalam kete dan kat ofis, so no problem aku nak gi jogging, tapi tak la pernah buat keje2 memalam ni, untuk sekadar berpeluh aku layan ja. Ha ha, time aku nak pi aku cam terpikir betulkah apa yang aku buat ni, macam tak logik pun ada, nak cari apa memalam, gelap gulita, tapi ramai orang lari so tak la takut sangat, cuma aku tak biasa ja. May be tak biasa aku mula2 aku rasa cam fuhh penat gila, tapi second round aku dah rasa ok saja, cuma rasa nak terkencing jew aku tak tahan masa first round tu lupa bawa duit so tak leh la nak masuk ladies, second round pun terlupa, akhirnya aku balik kat kete ambil duit untuk gi toilet baru rasa ok. Masa jogging tu nampak la kelibat budak TT yang aku kenal tapi ok je he he, sebab kenai alam cyber je, tak la perasan sangat, ha ha. Tengok gaya udah kenal, tapi buat2 tak kenal la aku..hu hu.
Aku lari suka2 ja, bukan nak masuk marathon, so aku relaq layan sensorang dalam gelap, depa lari laju2. Lepas lari lapor, nak layan koay teow tapi tak buka so layan kedai sebelah ja. Badan bau banyak bucuk hacam balik umah terus mandi, layan fesbuk jap, apa lagi terlena di depan laptop depan TV as usual, sedar-sedar kul 2.00a.m, dalam sedar pejam terus masuk bilik cari katil aku. Oh sebenarnya nak layan blog jap before tidor tadi tapi aku dah tertidor dulu, gi pun idea tak keluar la apa nak tulis, berbaring sambil berangan rupanya aku tertido, menci aar salu plak tu...kalau atas sofa merah ok ni kat bawah plak tu, sakit badan aku. Semalam aku tidur sangat nyenyak may be penangan dua round lari kat TT tu...AHA......
No comments:
Post a Comment