Bila aku period, salunya selera makan aku kurang so pagi2 aku tak kisah la makan apa pun2 janji alas perut, sebenarnya aku tak mengada sangat pasai makan ni, tapi ada orang cakap aku makan mengada ni wat aku geram ni. Aku suka makan yang simple dan makan makanan yang aku suka jew, cam tu memilih kew, kalau orang cakap aku memilih memang la orang tu bongok, ha ha. Kelakarkan pagi ni aku goreng keropok dengan minum air nescafe je. Bila rasa lapar baru aku masak, lunch hari ni aku masak nasi dan lauk kegemaranku sotong goreng kunyit campur ubi kentang, yang mana aku rasa aku ja masak sedap, perasankan aku. Tu ja aku suka makan tu pun orang cakap aku memilih, ah meluat la, depa suka nak makan apa depa suka aku tak kacau pung. Suka hati aku la nak makan menda aku suka ja. Dok memerap di rumah akibat terlebih lena semalaman buat aku lemah satu badan, nak kuar malas dengan period lagi. Bosannya period nak bergerak malas, tambah plak cuaca sejuk sesuai dok lam selimut ja.
Dah lama teringin nak makan rojak buah tapi aku nak makan yang dekat Tasik Titiwangsa ja, oleh kerana selera hilang tatkala period so aku kena gi makan juga. Apalagi lepas layan hindusetan, tak sangka aku leh layan ari ni, may be cite ni cam kena ngan jiwa aku la kot. Mandi2 aku pun gi la sana, mula2 cam nak patah balik tengok langit gelap gulita, tapi ku kuatkan semangat nak makan juga. Jalan clear so mudah je aku nak gi sana, tetiba nampak Beya ngan Ema, depa nak jumpa kawan depa kat situ. So apa lagi join jew makan rojak sambil borak2 lama dah tak jumpa Ema, lepas futsal kat KPJ hari tu ja jumpa dia last. Sesekali jumpa biasalah banyak benda nak borak, cite sedih dan cite suka semua keluar. Mula2 kita orang nak gi tengok wayang kat Wangsa Walk tapi memandangkan time macam tak dan, nak book online pun cam tak dapat, so kita orang tak jadi la. Aku pun nak balik cepat sebab esok rasanya nak gi ikut Fanim naik Batu Caves.
On the way balik, aku ingat nak singgah beli pada je kat Parkson OUG tu, he he nak tau apa aku buat, aku gi beli suar pendek petak la, sebenarnya dah try ari tu cuma tak beli konon2 paha aku besar. Tapi dah menjadi adat resam jiwa aku selagi tak beli aku mana leh lena, teringat2 termimpi suar tu. So aku pun pi la beli juga. Aku try balik mana la tau kan tak muat plak, try2 ooh cam ngam2 ja ngan aku, kalau makan mau sendat ketat ni, kuar dari bilik persalinan macam perasan lawo la kan, nak tunjuk kat sales girl. Aku cakap ala ngam2 ja cam mana ni, dia cakap cantik akak jangan kasi gemuk akan kuruskan skit, setan punya budak sebab nak jual suaq dia suruh aku kuruskan badan. He he aku suka suaq ni sebab nampak sexy, yang aku tak suka dan aku kena improve, adalah kena kecikkan paha ayam aku nie. Hari2 aku senaman paha aku kat umah nak kecikkan tapi aku tak nampak perbezaan pun. Apsal la paha aku besaq cam nie, geram tul tengok. Demi suar petak2 ketupat palas, aku sanggup senaman paha ari2 sebab adik tu cakap suaq petak2 tu cantik aku pakai, ahhhhhhh perasan la plak. Tak tau la dia puji ikhlas atau dia puji nak lakukan barang dia..oh la la la..marketing strategy.
No comments:
Post a Comment