Hari ni hari aku menguruskan urusan rumahtangga aku, he he sebenarnya tangga tak de pun semua kongsi la kan, dan kami tak pernah naik tangga pun sebab semua naik lif. Nasib baik semalam aku dah giat membasuh baju dan sidai semua sekali, hari ni aku basuh baju yang berwarna putih je. Memang aku akan kumpulkan semua baju putih aku untuk dibasuh sekali, supaya tak ada baju lain yang mengeluarkan warna2 tak terduga dan merosakkan baju putih2 aku tu. Wah setiap hari Sabtu dan Ahad aku rasa macam surirumah pula, membasuh, memasak, melipat baju, mop lantai, cuci bilik air. Mop tu aku selang seli la dan tempat yang aku buat tak sekaligus la sebab kalau semua basah kat mana tapak aku nak jejak kaki, itu memang cara aku kalau mop lantai tak tau la orang lain. Oh bila la barang2 aku dalam bilik ketiga tu nak berkemas. Aku nak jadikkan bilik kedua aku tu bilik tetamu sebab aku nak beli katil yang kat IKEA tu. Sekarang ni apa pun untuk rumah, aku tak tak fikir benda lain, aku mahu selesa berada di rumah sendiri walaupun rumah aku kecil saja, alhamdullilah cukup la untuk aku orang bujang.
Pagi2 lagi aku dah breakfast makan roti gardenia dengan cheese dan minum fresh milk, aku minum susu bila gigi terasa ngilu, ni aku rasa tanda2 menunjukkan pengurangan kalsium dalam badan aku. Layan fesbuk kejap, sikit sambil kemas2 apa yang patut. Selepas mengemas dan melipat baju aku mandi sambil basuh bilik air utama sikit bersiap ala kadar dan terus pergi bayar maintenance, oh aku tak ingat la sama ada aku dah bayar duit air bulan lepas ke tidak. Kenkadang pelupa juga aku ni ya la bila time berkemas semua benda dah kemas tak ingat la mana letak bil air ka bil letrik semua aku dah tak tau kat mana. Nasib baik budak admin kat situ baik sikit depa keluarkan bil baru, so mudah kerja aku. Aku nampak ramai yang dok mengadu masalah rumah depa, nasib baik rumah aku elok saja tiada apa yang rosak. Kalau rosak susah juga aku, nak kena jumpa orang maintenance satu hal nak tunggu dia orang datang baiki satu hal, dah la aku sensorang kan masalah tu. Semua yang datang kat situ macam nak masuk bergusti je aku tengok, ada yang datang buat muka berlagak nak perang la tu. Ala bang, tak yah la wat muka cam tu, discuss baik2 jangan perang, aku pun dah naik muak dengan complaints dalam fesbuk. Every body love to complaint but no action taken, especially chinese owner, komplen memanjang macam dok rumah setengah juta harga dia. Kenkadang aku baca ja, sekadar info ada juga aku mencelah kalau komplen yang tak menasabah aku ignore, malas masuk campur dan gaduh jadinya. Yang aku malas nak masuk campur tu, sebab pemaju bangsa depa, depa la complaint mesti ada tindakan, kalau bangsa lain dok menjerit rasanya memang tak dak action taken pun.
Balik rumah lepak depan TV layan fesbuk skit, la ni aku lebih suka layan blogger dari fesbuk coz kat sini aku leh tulis banyak kat fesbuk, susah la banyak stalkers dan pengomen tegar serta puaka. Lapar aku masak nasi dan sotong goreng kunyit, lepas makan relaq kejap pas tu layan fesbuk skit, tengok aksi pengomen2 tegar. Aku kemas barang2 dalam bilik kedua, sebab nak mop lantai nampak dah kotor skit, ohh macam ni rupanya jadi surirumah, tak boleh duduk diam kan nampak kotor sana sini mana boleh tengok, kena la basuh sakit mata tengok lantai dapur aku berkarat so aku pun mula la mop operasai bilik kedua dulu. Kemudian cuci lantai dapur, oop meleleh keringat di dahi, orang sport cakap kalau keluar peluh sihat. Sedapkan hati untuk orang yang penat macam aku nie, oh selesai tugas mengemas dapur, aku sambung layan blog skit. Semalam idea tak banyak buntu may be sebab pagi aku gi training kot banyak masuk ilmu lain so otak aku pun letih...Oh nampak bilik ketiga macam semak samun hutan negara ja, bila aku nak kemas ni, banyak barang dapur aku such as pinggan mangkuk aku yang belum dibuka dari kotak, bread maker from UK kirim dengan kenkawan, periuk nasi besar aku dan macam2 lagi yang aku rasa banyak sangat aku nak senarai. Rasanya aku ni macam bibik la kan, kalau aku kawin cam mana ek, lelaki boleh ka tengok aku jadi bibik ja, dia mau tolong ka aku buat semua kerja macam ni...oh kena pikir balik ni nak kawin ke tak...hu hu...aku letih jadi surirumah hari ni..

No comments:
Post a Comment