Oh tuhan lamanya sakit kaki, salu lepas main futsal dua tiga hari dah ok, sekalinya awat lama plak. Aku pura2 eksyen jalan macho, sebenarnya kaki aku sakit nak mampus. Padanla ngan muka perasan nak jadi jantan main bola lagi, ek pulak tu nak jadi goalkeeper, ambik nko asyik defence guna kaki, rasa cam terpeliok dah kaki aku ni. Kelmarin jumpa doc aku ambik ubat panas flanil sama nak urut, tapi nampak cam tak berkesan ja. Next week tak mau main dah la, tak mau jadi cam aku pi Hong Kong dulu, aku cakap aku sakit kaki main futsal sebab tu aku tak larat nak jalan, depa kata aku sakit lutut.
Bukan setakat kaki buku lali dan betis aku sakit kuku la, salu spoil, kalau aku main rembat sakit buku lali, kalau main tonjol abis terkeluar kuku aku, naik malu kalau pakai selipar, kuku buruk gila, Tak tau la apa nak jadi ngan aku ni, sukan minat yang leh wat kuku semua tercabut. Pakai kasut tinggi rasa keraih semacam ja, aku rasa dek penangan aku merembat hari tu, betul rehan cakap next week mesti tak turun dah. Bukan tu sebenarnya aku tak turun, aku nak jaga kaki aku sebab aku nak gi Johor, ada Treasure Hunt kat Pulai Springs Resort, aku bukan peserta, tetapi AJK. Rasanya kena banyak bergerak untuk registration dan lain2. So aku KIV kaki aku ni untuk tu la, aku malas nak main futsal next week.
Malam ni ecah ajak aku karoks, dengan kaki aku yang terasa semakin sakit ni, rasanya elok la aku simpan dulu sakit dok dendiam kat rumah. Pelik la pulak salu kaki ni dah baik, ni cam lama dan macam bertambah sakit, aku tak tau kenapa. Kalau nak guna kaki ni berjalan2 aku rasa cam urat tegang semacam kat betis aku. Habislah jog pun cam kena simpan ja, tak pa esok aku nak try juga jog tengok cam ne, sakit ke idak. Erm sebenarnya aku teringin gak nak karoks tu, dah lama tak lepas gian, sora tak la sedap tera mana tapi rasa nak main jerit2 ja, tengok la kalau aku bosan dok umah aku gi kuar la, apa yang aku concern timing dia awai sangat, takut tak sampai ja The Curve tu.
No comments:
Post a Comment