Pagi ni aku lewat sikit siap, so dari umah keluar 6.31a.m, kalau idak 6.25 atau 6.27a.m aku dah keluar Tapi aku tak risau sangat sebab hari jumaat salu orang lambat, so aku masih dapat parking depan pintu lif. Erm, rasanya kali kedua aku dengar rancangan ni dalam radioa 93.90FM, pada aku rancangan ni sebab dia recall balik maksud2 dalam kamus Bahasa Malaysia. Maklum la dah lama tinggal sekolah, ntah la pada aku kalau satu rancangan berbentuk ilmiah aku layan je, berbanding rancangan yang nak mengena orang ntah apa2 tu buang karan ja tak dak faedah, but for fun ok la.
Kebetulan aku buka channel ni dia baru call Prof kot aku tak ingat la jawatan dia, dari Dewan Bahasa dan Pustaka, Pn Faridah Abdul Rahman. Aku suka cara dia terjemah maksud ayat2 yang simple tapi penerangan dia begitu mendalam, cam hari ni ayat yang digunakan 'Bekas" simple kan, tapi banyak maksud yang diterangkan. Antara maksud bekas adalah 'tanda', 'tempat menyimpan' dan 'pernah menjadi, nampak simple ja kan tapi penggunaaan yang sesuai juga perlu diambil kira dalam struktur ayat atau perbendaharaan kata. Pn Faridah juga ada menerangkan perkataan yang kita dapat gunakan sama dengan maksud bekas@pernah menjadi, pernah menjadi seorang guru, iaitu 'mantan'. Tapi kesesuaian dalam menyusun dan mengguna perkataan ni perlu ada. 'Mantan' oh memang pernah dengar tapi jarang-jarangkan dengar, rupanya perkataan ni berasal dari Indonesia. Aku juga tertarik dengan penerangan beliau dalam bahasa Inggeris dia mana beliau menegaskan penggunaan ex dan former, di mana penggunaan ex tidak begitu sesuai, mungkin dalam bahasa percakapan boleh digunakan kalau dalam bentuk ayat macam tak sedap pulak.
Dah dua kali aku dengar rancangan ni, itu pun aku tak ingat bila kali pertama aku dengar, cuma aku rasa DJ bertugas ni salu ja tanya soalan bodoh, kalau dah tak pandai dok dendiam je dengar orang cakap, tapi nak tanya soalan. yang dulu aku dengar DJ perempuan tanya soklan apa ntah aku tak ingat tapi aku rasa dia kurang berilmu bertanya soklan cam tu. Hari ni DJ lelaki pula tanya soklan kenapa nak guna bahasa mantan, kelakar la aku. Before tu Pn Faridah dah cakap itu adalah salah satu kaedah kita untuk memperkayakan perbendaharaan ayat di mana kita guna pakai perkataan bahasa inggeris dibahasa malaysiakan dan kita ambil kaedah lain dari bangsa serumpun contohnya Indonesia dan Brunai. Aku suka rancangan ni bukan sebab DJ dua orang tu, aku suka rancangan ni sebab aku dapat ilmiah, oh aku kena set dalam mind la..mesti dengar mesti dengar...
No comments:
Post a Comment