Ermm..setiap kali nak period aku mesti lesu, sib baik jiran kat ofis aku faham, bila dia tengok aku lentok liuk semacam, dia dah tau, nak period la tu. Tapi aku tak pernah nak amik tahu bila aku jadi cam ni aku nak period, ye le, every month datang sudah la, date bila lantak la aku tak amik kisah. Oh nape aku tak amik kisah, may be orang kawin amik kisah la kot, sebab depa takut ha ha ha. Aku pun rasa lain macam dulu nak period tanda2 biasa ja, tak la macam la nie, aku rasa baring ja badan, letih, pening kepala semua ada. Kelakar la pulak sintom apakah ini? Giat bersukan aku tak ingat semua tanda2 nak period ni, aku tau aku datang je, tarikh aku tak la kisah, sebab tu aku tak kisah apa jadi kat aku. Minggu ni bersukan sangat la aku, hari Selasa berjogging 2 round jalan seround kat Taman Jaya tasik busuk air longkang tu. Hari rabu main squash ngan Wani, oh tak ingat dunia punya la syioknya, balik tidor pun kurang, asyik terjaga2 ja memalam. Hari Khamis main futsal dengan kenkwan gak, futsal aku suka, walaupun letih main squash aku gagah juga minat punya pasal, biar la lebam ke hape ka, sakit kuku ka, terseliuh ka semua tu aku tak kisah la. Aku suka main, bukan terer sangat tapi minat ja. Ha ha layan dua jam dengan budak2 tu kelakar la plak tak cukup orang ajak pak guard join, sib baik depa sporting. Balik umah segar bugar lepas makan heavy dan minum dengan banyaknya. No wonder aku letih semacam aku ingat sebab aku penat bersukan. Ummph rupanya aku tertidur hampir 12 jam dari pukol 7.40p.m sampai kul 11.35p.m aku terjaga kejap, tidur balik terjaga kul 4.30a.m, n then sambung tidor balik terjaga kul 6.15 pagi then sambung lagi tertidur terjaga kul 7.20a.m. Mabuk tidur la plak, tup tup time nak masak tadi aku dah rasa ooh period la, umph patut la aku letih semacam. Tadi pun aku lepas makan aku baring sejam, adus pelik punya sintom period aku ni, kalau salu cam nie, letih lain macam, mati dan malu la aku. Sintom baru tidur dengan letihnya atau lentok liok badan kat katil atau meja ofis, nak period ni buat orang kenal pasti akunya time nak period, huh tak bestnya. Sib baik kawan sebelah aku yang detect aku nak period dia ni pompuan, bila dia tengok aku letak tangan nak tidor atas meja ofis, hado ka..kalau semua budak ofis tahu tu cara aku nak period, mati la aku mana mau sorok muka takan nak baring kat ofis cam nie....Susahnya jadi perempuankan...
No comments:
Post a Comment