Sunday, October 9, 2011

Berita Gembira

Hari Rabu bos suruh aku gi Majlis Jasamu Dikenang kat JWW, Marriot Putrajaya, majlis ni diadakan untuk pesara dan bakal pesara TM malasnya nak gi sebab aku tak tau jalan, tapi mengikut arahan kena la gi sebagai jemputan.   Nasib aku baik ramai kenkawan so bolehlah aku tanya, aku tanya Bahar sebab dia kerja area sana, mula2 aku tersasar gak tapi dengan info yang dia kasi aku senang ja sampai kat sana.  Hotel ni memang best tapi lokasi hampes, kalau saja2 nak mai hotel ni aku memang tak pi la.  Oh sampai kat sana aku pun gi la kat registration, orang yang jaga tu cam hampes, mak cik memang nak kena buang keje aku rasa dok lam TM bermalasan plak jawab soklan aku, kalau jawab soklan aku malas tak pa jangan jawab kurang ajar dekat bakal pesara, siap nko memang aku komplen cara dia dekat orang group.  Aku terkapai2 la cari tempat, sib baik nampak Haniza, so dapat cari tempat sebenar, ohh shit, aku nampak otai tu arrr.  Aku ingat dia jemputan sebab dia kan PB, alamak apsal dia dok sebaris ngan aku, tapi aku rasa dia tak perasan aku, aku pun malas nak tegur dia.  Rupa2nya dia dah nak bersara, oh berita gembira buat aku, aku bahagia, ha ha  nak tau sebab apa sebab aku malas tengok nama dia dalam Inbox TM lagi.  Bukan aku frust dengan dia sebab tak kawin dengan dia, aku menyampah sebab dia telah menyekat kebebasan hidup aku untuk kenal dengan orang lain.  Tak payah faham kenapa aku cakap cam ni sebab panjang citanya, tak tau betul ke idak dia yang buat aku merana seumur hidup sebab kata2 aku kat dia "Langit terbelah tujuh aku tak kan kawin dengan hang" satu lagi aku kata "malulah kalau aku kawin dengan hang, nanti anak aku confius mama, tu ayah ka tok wan" dan tak tahulah dia kah punca aku tak kawin2 tu betul atau tidak, aku pun tak tahu.  Malas nak caya sihir, walaupun kenkadang rasa benar aku try nak ignore jer.  Aku cuma tunggu saat dia berambus dari TM, alhamdullilah dia akan bersara, aku bahagia.  Aku nampak dia terlalu hodoh, berbanding masa aku kenal dia, bila aku cakap dia hensem kenkawan aku cakap, hang buta ka, dah tua la, kalau hang kawin dengan dia jangan harap kami pi kenduri hang.  Errkk aku ja nampak dia hensem kan, he he memang masa hari tu aku nampak muka dia cam orang tua nak mampus jer, gemuk, beruban dah tak larat macam nak mati esok lusa.  Aku bukan kejam sangat apa yang dia buat kat aku cara halus tu, nak sekat jodoh aku sekat la, nak kasi semua lelaki tak suka aku buat la, aku bukan artis terkenal pun, kalau difikir logic.  Semua tu aku redha, dan apa yang aku rasa dan apa yang dia buat wallahualam ada pembalasannya, tuhan ada setiap yang jahat akan terima pembalasannya samada cepat dengan lambat je.  Nak kontrol hidup aku..ahhhhhhhh aku tak suka dikontrol taw tak?  Apa2 pun aku suka hang dah nak bersara..bulan December ni, tapi plus n minus cuti awai skit la kot ....yooo dah lama aku tunggu saat ni....Yang paling best aku sempat SMS..."uik otai nak bersara ka, alhamdullilah ..he he" aku dapat rasakan muka dia akan jadi cam lanun pecah rumah masa ni...ho ho........




No comments: