Monday, October 3, 2011

Bila Nak Jenjalan Ni

Aku memang macam ni, kalau aku tak gi jenjalan@vacation , aku memang bored.  Travelling dah jadi sebahagian dalam diari hidup aku, tak kira dalam ka luar negeri.  Bosan kan kalau kaki tak jenjalan, kaki tak melangkah ke tempat2 yang belum kita jejak, aku tak tau orang lain macam aku tak.  Alhamdullilah tuhan selalu menunaikan impian atau nawaitu aku untuk ke mana2 setakat ini aku amat bersyukur.  Peluang yang datang dalam pelbagai bentuk tak semestinya kita mencari kenkadang dalam bentuk tersendiri.  Oh..lepas balik Hong Kong aku menjadi budak baik tak ke mana2 pun, bukan apa cuti dah tinggal 5 hari, tolak 2 hari nak ambil Raya Haji, tinggal lagi 3 hari, nak pi mana dengan cuti cam tu.  La ni bula Oktober, masih jauh lagi aku perlu KIV juga cuti tu mana la tahu ada kecemasan atau ada menda lain.  Kalau trip dalam Mesia, ok ja tak yah cuti, 22hb Oct ni aku nak gi Pulai Springs Resort, Johor.  Ni bukan trip tapi, division aku punya Treasure Hunt bersama customer, so aku salu jadi committee la, tolong unit event tu.  Treasure Hunt pertama gi Trengganu, tapi masa ni kau patah balik separuh jalan sebab ayah meninggal masa aku sampai kat hentian Genting Sepah.  Last year kami gi Lumut, this year Johor pula, oh macam menanti buah ranum, aku rasa tak sabar nak tunggu tarikh ni sebab aku tak dak trip jenjalan lain.  Tapi trip ni bukan jenjalan ni trip bekerja sambil makan angin, he he lepas ni aku tak tahu la nak gi jenjalan mana plak, November dengan December.  Oh susahnya jadi orang bujang banyak masa terluang sampai tak tahu nak buat apa, kalau jadi orang kawin kena jaga suami dan jaga anak pula.  Oh! pak we pun tak dak, apa boleh buat ramai lelaki dah jadi lembut, ramai lelaki suka kaum sejenis, ini lah dunia akhir zamankan.  Anyway apa2 pun I need another vacation for this year, but I dont know when, I dont know where to go? 

Kalau tak jenjalan aku rasa nak mati la, someone please help me...jiwa meronta2 ingin berjalan ni..hu hu.  Oh please help me.  Tak larat gi jog, tak suka main bowling, karoks tak suka sangat, lepak2 minum teh tarik dah bosan, lepak pun dah bosan, merayau2 di shopping complex pun dah bosan, makan2 sampai muncit pun dah bosan...saya nak jalannnn la..




No comments: