Tuesday, January 10, 2012

Bosan Sampai Tidur

Petang kelmarin sedikit kebosanan melanda di jiwa aku, dah bawa sport attire nak jogging tapi malas, gi beli extension cord nak letak dalam beli, so easy for me nak sambung lampu tidur dan kalau nak layan Facebook dalam bilik.  Gi kedai letrik yang terdekat dan aku biasa kat Pantai Dalam Sri Angkasa, sebab mudah nak parking gi pun aku nak beli kuih char koay kalau orang utara panggil 'pak tunku'.  Kuih ni mula aku teringat nak makan bila tengok seorang member dalam fesbuk snap the pitcha.  Si terbayang2 plak masa duduk kat Flat Sri Angkasa dulu aku salu beli, kalau pau goreng ada sambal lagi aku suka.  Lepas dapat kedua barang dihajati aku pun balik.

Kebosanan meluap2 di dada, aku layan makan Char Koay dalam kete, sedap makan panas2.  Sampai kat rumah tak terasa nak makan lagi yang aku tahu aku bosan semacam.  Balik lepak dan baring atas katil rasa lega, rasa nak terlelap tapi aku lum solat maghrib so aku bangun mandi dan solat dulu. Lepas mandi aku baring ja atas katil, feel ni macam aku mengantuk sangat tapi sebenarnya aku bosan.  Aku tidur selepas solat maghrib dengan berkemban saja. Kalau dikitkan bukan aku mengantuk pun tapi boleh layan lena cam tak pernah tidur setahun, pukul 2.30 a.m aku terjaga ingat pukul 5.00a.m time ni aku jaga nak pi keje.  Aku bangun awal sebab aku iron baju pagi2. So before tunggu Subuh aku buat la apa2 yang patut, kenkadang aku ambil segala baju untuk dimasukkan ke dalam washing machine, semuanya kena menyambil buat keje kalau idak tak terbuat la aku. 

Tak tahu la kebosanan aku ni ada kena mengena dengan jiwa ka idak, aku pun tak leh nak cakap, yang aku tahu sejak dua menjak ni ada gak aku blur.  Bangun solat I'sya, ni memang trend aku kalau solat isya aku memang suka lewat skit, tidur dulu baru bangun, nasib baik terjaga balik kalau terjaga terus Subuh alamat terlepas la solat aku. Dah lama tidur aku dah tak boleh nak lelap semula, so layan FB sejam kemudian baru gagahkan untuk lena semula, kalau idak takut tersengguk plak kat ofis.  Adus mati aku kalau tak jaga semula alamat terbabas la aku nak gi kerja on time, nasib baik terjaga.  Sepanjang perjalanan nak gi ofis tadi aku nampak bulan sangat cantik tapi tengah drive cam ne nak snap d pitcha.  Indahnya bulan itu, ooh ruginya kalau sapa tak tengok..next time kalau aku nampak lagi aku akan amik pitca ok, untuk tatapan orang yang tak dapat tengok bulan tu.  Ada orang cakap kalau kita nak sesuatu tengok bulan bercakap la dengan bulan, ni masa aku attend couse personaliti la konon2 bercakap dengan bulan nak muka cantik cam bulan, leh caya ka ilmu ni cam songsang ja.  Bercakap dengan bulan kalau bulan bisa berbicara sapa yang tolong jawabkan, hantu bulan kot..hu hu memang tak logik tak taw la ilmu sesat mana pompuan ni kasi.


No comments: