Thursday, January 19, 2012

Krabi oh Krabi

Kalau dulu aku suka ke pulau bersama geng2 camping aku, now aku dah kuburkan minat ini.  Ntah aku pun tak tahu nape aku dah kurang minat nak ke pulau2 ni.  Alahai semalam geng camping ajak ke Krabi, aku cam teringin plak nak pi cam adventure gila, sebab naik keretapi dari KL terus ke Siam.  Bunyi menarik tapi aku this week nak jalan dah la so macam mana ye.  Bila Zaza sms aku mau ajak pi Krabi 2 Feb, sehari selepas Hari Wilayah aku cam tertarik dan terfikir, rasa cam tak nak lepas chance ni nak gi Krabi, tapi dah minggu dah jalan cam ne nak pi ni, dianya agenda nampak ok juga cuma banyak ahli baru la dalam trip ni, yang aku kenal ada la dalam tiga orang.  Ni memang geng lama kami camping, ketua2 dan orang kanan serta orang kuat semua dah pecah belah, tapi at least aku masih contact depa dalam facebook., cuma masing2 membawa haluan masing2 dengan aktiviti tersendiri, ntah mana silapnya geng ni berpecah.

Hari ni aku fikir balik, banyak cuti banyak jalan banyak duit kuar, tapi menarik cuma akan lebih menarik kalau group kami dulu bersatu semula dan gather sesama. Dulu every 2 weeks kami camping, bestnya ingat balik aku jadi tukang masak walaupun sebenarnya kat rumah aku pemalas sekali nak masuk dapur, aku jadi pembancuh air, yang aku suka air teh o aku jadi rebutan, dia orang suka air aku bancuh.  Kembangla aku kalau orang puji sedap, aku rasa sebenarnya tu bukan air yang sedap, sebabnya aku kalau minum air sangat manis macam tok aku, aku ngan dia sejiwa minum air manis.  He he, tapi untuk orang memang aku control tak dak la aku bancuh ikut kesukaan aku.

Actually aku dah cakap tak nak pi tapi as usual aku ni selalu tak boleh nak kata 'no' kat orang, so tengok la gaya dia orang pujuk aku, kalau pujuk rayu hebat mau aku termakan juga gi Krabi ni.  Tapi kalau nak marah orang lain pun tak leh sebab kaki aku sendiri pun gataikan suka berjalan so tak leh la nak salah orang yang suka ajak aku jenjalan.  Kaki aku ada taik lalat biasala, sebab tu memang merayap merata la aku ni, selagi tak jejak kaki tempat yang aku idam itu bukan namanya aku, Japan my favorite country, ni lah negara yang aku idam, walaupun ramai orang suka gi UK ka, Paris ka, tapi negara idaman aku adalah Japan.  Korea pun aku suka tapi second choice after Japan, insyallah bulan May ni aku akan jejak kaki ke sana.  Alhamdullilah dan syukur kepada ilahi,  kerana kebanyakan impian melawat negara yang aku ingin pergi semuanya aku dah jejak.



No comments: