Wednesday, February 20, 2013

Aku Dan Malam

Kadang2 aku boleh tidur nyenyak tanpa gangguan, kadang2 aku terjaga ntah apa2 aku pun tak pasti.  Kalau dulu lagi kerap, sejak aku berubat tu kurang la skit, cuma terjaga sekejap ja pas tu aku boleh lena balik.  Ada satu kemusykilan pada aku, setiap kali aku terjaga, aku nampak ada orang tu pun teronline ke atau kebetulan aku tak pasti.  Yang pasti wajah itulah yang selalu menganggu tidurku pada satu ketika dulu, tapi lately ni no more wajah itu.  Alhamdullilah aku mungkin dah bebas dari gangguan wajah itu, mungkin dia ganggu orang lain pula dengan tujuan yang sama.  Kalau diikutkan dari hati atau rasa cinta mungkin dia tak pernah ada rasa itu pada aku, itu yang boleh aku rasakan, mungkin atas sebab2 lain dia selalu menggangu aku. 

Ada yang cakap dia memandang harta benda orang, ada yang cakap sebab duit, majoriti menghalang aku terus berbaik dengan dia.  Kadang2 aku conpius tapi oleh kerana ramai yang bercakap aku rasa  betul agaknya.  Lagi pun aku rasa dia pun cam kaki pompuan juga, melayan semua orang dengan cara mat romeo.  Aku paling tak suka lelaki yang kuat melayan pompuan, biasalah kan pompuan mana yang suka.  Macam tu juga lelaki mana suka kalau pompuan melayan lelaki.  Tapi kalau suka cakapla suka kan jangan guna ilmu salah nak mengena orang, nak memperbodohkan orang nak menganiaya orang.  Kalau nak hidup senang dengan memandang harta orang lain pun tak elok juga, sebab aku jenis orang yang ada perasaan.  Kalau aku tak tahu tujuan sebenar orang tu, aku jadi malas dan meluat. 

Alahai cerita malam aku jadi cerita lain pula, yang pasti aku dan malam sekarang dah ok, cuma terjaga skit2 ja, tak la ketara tak boleh tidur macam dulu, mungkin aku dah ok skit lepas berubat dengan beberapa ustaz, kalau dulu period aku non-stop now aku dah kembali ok.  Alhamdullilah, malam aku dah menjadi normal, period pun dah normal, now aku rasa hidup aku lebih ok sejak aku jauhkan diri dari dia.  Aku rasa lebih normal dan dah mula campur orang lain dah, tak la cam dulu tak nak kawan dengan sapa2 pun.  Alhamdullilah aku kembali aktif beriadah demi menjaga tubuh badan yang sihat. 







No comments: