Friday, June 22, 2012

Durian oh Durian

Masa kecik2 rumah aku dikelilingi durian tapi masa tu aku bukan makan sangat durian, biasalah kan bila banyak depan mata memangt tak selera makan.  Mak pun sedekah ja kat jiran2 sebab mak tak nak membazir.  Tapi bila dok KL, bila teringin nak makan durian kena beli la, alang2 nak balik kampung makan durian cam tak berbaloi la sangat.  Hari Ahad bersamaan 10 June 2012, Shapiq bawa balik durian dari kampung dia, ajak kami makan kat umah Fanim.    Hanya beberapa orang saja dijemput, tak semua.  Ada juga yang tak datang, Cukup la dengan jumlah 10 biji tu, bukan boleh makan banyak pun .  Lama tak makan durian kampung memang sedap.

Durian kampung dari Johor, sedap tau

Antara yang join makan durian tu Aku, Fanim, Kaulat, Nomi, Ina kawan nomi, dan doctor kawan Shapiq dan Fanim, Kaulat bawa anak dia.  Aku as usual sesat, konon2 nak cuba jalan baru from KESAS, macam jalan salu aku balik dari main futsal, balik aku terer la sebab tak yah belok, adoi aku ingat nak cuba la.  On the way ke sana ada accident jalan menghala balik, jammed sebab orang dok tengok.  Hari mula gelap aku dah resah takut tak nampak Ampang tu.  Action nak cuba jalan baru, tu la padahnya, bila jammed, ari makin gelap, dada mula berdebar. 


Aku, nak juga bergambar

Ahli makan durian

Kaulat dan anak

Memang aku sesat la, aku tak nampak jalan umah Fanim, aku tersesat masuk Ampang Hilir, masuk Pandan la apa ntah, sambil kumat kamit selewat aku ku tekadkan diri, adoi next time jangan main cuba2 especially memalam. Kalau dah terer ok je nak cuba jalan baru.  Memang aku pun benci kat aku sebab suka sesat cam aku tak reti drive plak.  Memang aku tak nampak TESCO tu, adoi sambil selawat, akhirnya tuhan bukakan dan aku nampak jalan. Sampai kat situ pak guard kasi instruction soh parking kat luaq plak dekat ngan pool, mula2 aku nak marah, tapi memang kawasan pool tu kat luar tak yah masuk dalam letak IC pun. 

Nomi dan Shapiq seronok dengar cerita khemah kena sondol

Sengih2, depa dok gelak aku minah sesat, sampai kat sana layan durian hilang rasa sesat.  Memang sedap makan durian kampung berbanding makan durian siam yang letak kabad.  Kami borak dekat kedai makan sambil layan makan durian, cam bersantai la kami layan makan durian kat kedai tu.  Sebenarnya kedai2 makan tu terletak dalam kawasan swimming pool condo tu, dah jadi kawasan public pula bila kedai2 tu ada di sekeliling pool tu.  Anyway ok je kami layan makan durian kat situ tak da yang marah.  Lepas borak sakan, dengar cerita Fanim pasal trip dia gi naik gunung kat Surabaya, Indonesia kami balik la.  Balik aku tak sesat sebab dah pandai.  He he he..

No comments: