Friday, November 18, 2011

Makan Sushi dan Birthday Kaulat

Lepas balik Eco Hunt, geng2 ajak celebrate birthday Kaulat plak, erm sib baik dekat ja kat Midvalley ja.  Dia orang ajak celebrate kat Sushi King ja.  Dekat la dengan ofis, so tak dak masalah untuk semua orang nak gi.  Agak lembab juga la aku nak recall bila kita orang celebrate ni, selak email balik dari Fanim baru nampak hari selasa 18 October 2011.  Ermm aku makan sushi tak minat la sangat, atas kenkawan dan try for a new thing, so pergi juga la.  Semua janji jumpa depan kedai la sebab masing2 bawa kete sendiri,  ada la dalam 9 orang kita gi makan. Aku, Fanim, Shafiq, Nomi, Rehan, Wan, Karen, Farah dan Irma, masuk Kaulat 10 orang la semuanya. 


Antara yang hadir, Rehan, Aku dan Wan


Karen dan Shafiq


Birthday Boy Kaulat dan Fanim

Geng muslimah, Farah, Nomi dan Irma


Oleh kerana kedudukan meja tak berapa best so terpaksa divide kepada dua group, untuk dua kumpulan.  Kami pi makan ni sebab Sushi ada wat discount so, dapat la kita orang makan dengan harga murah dari biasa, aku tak pandai la cara2 nak amik2 , Rehan la tukang amik apa yang kami nak makan, agak muak la makan sushi ni bagi orang cam aku yang tak berapa suka ni.  Tapi yang kelakor tu banyak sangat depa amik walaupun tak pandai makan, habis juga la, aku yang makan telan ngan air pun terpaksa habiskan saki baki yang aku dah pilih.

Aku dah muak makan sushi

Banyak tau kita orang makan


Meja kami dok wat lawak bodoh, so aku nampak cam meja kami lebih meriah la lagi pun meja depa tu banyak budak2 baik la. Lepas upacara memberi hadiah kepada Kaulat, snap2 pic sikit kami pun blah la.  He he, lepas makan lepas bayar semua balik sambil meninggalkan seribu kenangan aku ajak geng drop by beli T-shirt kat kedai MNG@Mango.  Lepas tu kita orang masuk kedai ZARA, dan kedai2 baju lain yang berdekatan, bukan apa semua nak kempiskan perut sebab dah terlebih sumbat sushi tadi.  Ha ha.

No comments: