Sunday, November 13, 2011

Muka Buku dan Cemburu Buta

Muka Buku@Fesbuk memang satu laman sosial yang glem buat masa ni, dulu aku pun tak suka tapi la ni suka plak.  Tapi lately ni aku banyak layan game aja. Aku suka layan muka buku sebab dapat contact kembali kawan2 sekolah aku dan kawan yang kita kenal time gi teambuilding ka, time workshop ka atau time bersuka2 dengan kenkawan dan terkawan dengan dia.  Ada kebaikan dan keburukan melayari fesbuk ni, pada aku yang single mingle ni aku lately ni aku dah cemuih la orang utara kata, orang kayel cakap bowink.  Nak tau nape aku bosan, setiap kalu aku comment2 kat lelaki berstatus married, ke bertunang ka aku dari pemerhatian aku mula la si isteri melenting, or cuba interupt nak show off dia ni bini lelaki tu atau tunang lelaki tu. Bukan sorang dua yang aku kena banyak pula tu, bila laki dia add aku, sat gi bini dia pun add, observe kot2 aku ngorat laki dia kot, sebenarnya aku pun tak selera la.  Kalau aktiviti dalam kain, dalam dapur, dalam bilik tidur sengaja nak tulis, ha ha apa maksud tu, aku rasa nak cakap gi la kemas diri, kemas dapur dan kemas bilik tidur, mesti laki tambah sayang dari hang dok monitor fesbuk aku.  Aku ghimas la kenal betina cam ni, aku rasa nak delete ja nama2 orang yang bini depa dok wat gangguan cyber kat aku, relaq la aku tak buat serentak, tunggu ja. Ha ha ha akan kukotakan apa yang aku nazarkan...

Paling menyampah letak status macam perli2 aku, macam la laki dia tu kerja General Manager, Manager, VP or CEO kat hape, setakat keje2 biasa, tak yah la aku tulis kat sini keje apa, faham2 sendiri la. Sebenarnya aku tak la nak jaki orang tu keje apa, ke hapa as long kalau dia benda cenggini tak melibatkan diri aku maruah aku aku tak la nak kata lebih-lebih.  Tapi kalau nak perli dan romantik terlebih2 cam orang dok goda laki dia rasanya dia patut dok lam hutan ngan orang asli la.  Sebab can't differentiate, mana yang betul dan mana yang salah, kalau la wanita terpelajar of course dapat berfikir, if her husband or his fiancee ada scandal takan nak bersosial kasi orang nampak.  Gi satu tengok la skit kedudukan hubby dia ngan aku, bukan aku ego pasal status ke muka ke hape, tapi tak kena gaya buat aku ungkit menda2 cenggini.  Bukan nak berlagak aku kenal lelaki lebih berharta pun sampai la ni aku tak kawin dengan laki orang, coz aku dah fikir masak2 apa yang akan berlaku ke depan hari.  Setakat lelaki kerja cukup makan anak berterabur takan aku nak, unless laki dia bomoh aku sebab aku eksyen tak layan.  Ha ha ha

Aku ni peramah dan periang, kalau orang salah anggap dan perasaan mesti depa ingat aku ngorat or goda. Rasa nak kena ubah ni tapi tak pandai nak berlakon la, cam ne nak jadi orang baik2 kalau hobi aku kacau orang.  Aku comment2 kat orang bukan bererti aku goda orang tu bukan bererti aku sukakan orang tu, tapi kalau orang yang mengaku comment kat wall aku tu aku tak taw la dia syiok sendiri kot.  Yang aku pelik masing2 ada bini, ada banyak yang aku tak declare dok PM kat akunya inbox nak berkenalan nak ajak kuar, hik2 biarla dia malu sendiri, aku bukan jenis melayan kat luaran, aku jenis yang setia kalau aku suka seseorang aku suka satu ja. Nampak cam aku kaki melayan semua lelaki hakikatnya tuhan ja tahu pada siapa yang aku suka sebenarnya, tak yah declare la kat sini sapa aku suka, aku rasa orang yang aku suka tu pun tahu sapa aku suka, dan yang penting bukan married man la kan. 

Semalam aku termimpi jejaka malaya itu tapi, apakah maksud mimpi aku itu.  Aku sendiri tak faham, tak pe la suka dari jauh agaknya tak berani nak berterus terang.  Ni sebab laman muka buku ka, aku pun tak tahu atau sengaja nak mencuba ilmu di dada, suka betul2 ka suka main2 ka aku pun tak tahu yang aku tahu jejaka ni aku tak leh erase or delete dari pandangan mata kasar aku, kenkadang buat aku terfikir dia ni hantu raya ka.  Di mana aku berada, tak kira masa dan waktu muka dia ja dok depan mata aku, dalam mimpi pun aku nampak dia ekori aku hish takan faktor muka buku kot, mamat ni salu muncul lam mimpi aku.  Aku suka dia ka dia suka aku, ni aku tak faham, nak mengaku aku suka dia pun segan rasanya, sebab ermmm, tak yah declare la banyak sebab yang mana aku rasa hubungan ni perlukan kekuatan mental dan fizikal untuk bahagia. Banyak keburukan akan di lihat pada sudut aku, tapi kalau dah jodoh aku dengan dia aku redha dan pasrah ja. 

Muka buku ni kenkadang banyak buruk dari baik kan, buat orang kena perli2, buat orang rasa cemburu sebab merebut jejaka idaman, buat orang rasa tak suka banyak iklan dipaparkan kat wall, buat orang gaduh sebab kata mengata.  Apa pun yang berlaku dalam muka buku untuk yang dapat berfikir dan menangkis segala dugaan, perlu ada pertimbangan menentukan mana yang baik dan mana yang buruk.  Aku tak kisah apa orang nak kutuk aku sebab aku rasa itulah aku sebenarnya, aku tidak berlakon untuk menarik perhatian orang, perwatakan dan penampilan aku adalah diri aku yang sebenarnya. Aku bukan hak milik sesiapa@single la katakan, so apa yang aku buat ada dan apa yang aku cakap itulah aku yang sebenarnya.  Kalau tak suka aku delete aku, kalau suka teruskan jadi frenz list aku. Tak perlu hide aku,  delete lagi baik, itu yang terbaik aku rasa, tak perlu kutuk belakang tak perlu baca aku punya walln sat gi sakit hati, dapat dosa kata aku kat belakang.

Kenkadang manusia pun pelik dia ingat dia saja bagus apa yang dia post orang tak meluat, ha ha ha aku lagi meluat pun ada tapi aku tak dak la kasi komen, sebab aku rasa tu hak dia.  Kalau yang kasi komen tu aku pun tak faham apa masalah dia, cemburu ka, hish tak perlu la cemburu aku punya wall aku punya suka la, hampa punya wall hampa punya suka, itu konsep terbaik dari aku.  Kalau aku baca aku ulas jangan la marah, sebab apa yang keluar dari mulut aku tu adalah yang sejujurnya dari aku.  Ada beberapa perkara yang aku simpan dan belum aku cakap depan2, demi persahabatan walaupun orang2 itu acapkali perli aku punya status.  Nak aku cakap, kang menangis tak berlagu of course terus delete aku.  Hik2 aku ni boleh dikatakan smash tajam gak la, tak kata aku diam sekali aku kata, terdiam la orang yang salu kata aku tu. Nak komen aku, nak cakap aku cakap la, semua tu tak bererti setakat muka buku ni, aku tetap aku, selagi aku belum menjadi milik sesiapa, jangan nak kontrol2 aku ek.  Jangan wat aku menyampah, aku punya wall aku punya suka jaga lu punya wall lu jaga..  Hu Hu ...

No comments: