Sunday, November 13, 2011

Minta Maaf

Apa yang aku pelajari dari hari ni, omputeh cakap lesson learnt, minta maaf menjadikan hati dan perasaan anda lebih tenang.  Walaupun aku tak bersalah dalam hal ni, niat untuk membantu dan menjadikan yang terbaik di balas dengan satu email yang menyirap dada aku.  Anyway dah tua2 ni aku malas nak cari gaduh walaupun pengirim email tu adalah orang tua yang yang berkedudukan agama yang agak tinggi.  Aku mengambil keputusan untuk memohon maaf atas apa yang berlaku.  Alhamdullilah aku amat bernasib baik sebab huraian aku diterima pakai, walaupun pada mulanya aku naik berang dengan apa yang berlaku.

Hati menjadi lega selepas mengucap beberapa baris ayat untuk memohon maaf, hari ni baru aku sedar hati memohon maaf dan memberi kemaafan adalah perkara yang amat istimewa dalam mendamaikan hati seseorang.  Hati menjadi tenang dan gembira dan semangat baru muncul semula, tiada rasa dendam dan marah atas apa yang berlaku.  Langkah yang aku ambil hari ni sememangnya satu pengalaman manis yang tak pernah aku alami sebelum ni.  Mungkinkah aku terlalu ego selama ini, baru aku sedar, kenkadang walaupun kita tak bersalah tetapi dalam sesuatu keadaan kita perlu tunduk dan menjadi humble demi kebahagian orang lain.  Alhamdullilah aku kembali tenang dan bersemangat semula untuk hadapi segalanya, lately ni aku asyik down dengan sikap sesetengah orang yang aku kenali.


No comments: