Monday, October 29, 2012

Keliru Dan Bersedih

Keliru ke celaru ka sama ja kan maksudnya, aku memang rasa keliru dan serabut ntah apa2, wallahualam, jiwa tak pernah nak tenteram sepenuhnya.  Resah gelisah memanjang, rindu pada orang yang aku rasa suka kacau2 aku la, nasib la ingatkan suka betul2 rupanya suka suka ja.  Terima la ketentuan ilahi, nasib badan salunya orang suka suka ja kat aku, nak suka cinta cam susah skit, tak tahu la, muhasabah diri, mungkin banyak buat salah.  Insyallah mungkin satu hari nanti tak tahu la bila kan, mungkin tak dak langsung, semua ni dugaan, jangan bersedih ya wahai hati.  Banyak2 berdoa dan pohon ke hadrat ilahi, semoga iman bertambah baik dan berkat wang ringgit dapat bawa aku ke tanah suci. Buang jauh2 rasa keliru itu, anggaplah ini satu dugaan jiwa, jangan bersedih dan jangan menangis tapi aku sedih juga, pandai ja cakap kat orang, he he..as usual manusiakan memang cam tu cakap orang pandai, kena diri sendiri, hancur juga jiwa.

Bersedih pun tak guna, jiwa kosong dulu kini dan selamanya, kalau ingat sedih, so ceria2kan diri dengan menda2 yang mengalihkan fikiran sendiri dengan aktiviti riadah yang berfaedah supaya tak lagi berfikir untuk benda2 yang kusutkan jiwa dan minda.  Jangan hanya tuhan tak tunaikan satu doa kita, kita beralih arah buat benda2 yang dilarang agama, cam mak cakap "bila tuhan dah kasi semua menda ada juga benda yang tuhan tarik dari kita, supaya kita tak lalai, dan sedar akan kekurangan yang kita tak boleh nikmati" yang penting kita mesti bersyukur setiap yang kita ad, jangan menyalahkan takdir.  Jangan melihat kelebihan pada diri orang, dan bandingkan dengan kekurangan kita, tapi list down apa yang kita miliki dengan apa yang dia tak ada, insyallah jiwa bertambah tenang dan hidup jadi berkat.  Kadang2 muhasabah adalah cara terbaik untuk selesaikan jiwa yang tak puas hati, salu juga aku buat, insyallah mesti kita lebih bersyukur. 






 

No comments: