Wednesday, October 17, 2012

Out Station Lagi

Out station, out station, aku tak suka tapi aku iyakan boleh, sebabnya aku dah bosan sangat dok lam opis.  Setakat keje aku yang ikut musim ni, tak la aku gain knowledge sangat, so keluar keje kat luar memang best.  Yang tak bestnya bila aku gi tempat yang tak best ja, yang aku takut dengan penduduk tempatan, cewah cam aku mai dari oberseas.  Aku rasa aku dah tahap bosan dengan keje aku sekarang, oleh kerana tak rotate2 keje, so aku rotate la diri aku untuk ke negeri2 wat something yang aku suka juga, jadi panel Domestic Inquiry.  Best pengalaman jadi panel di negeri orang, dapat makan sedap dan beramah mesra dengan orang region.  Kat KL, semua rasa sama rata, tapi kat region semua hormat gila kalau kita datang dari HQ.

Hari tu aku layan Muar, dan akan ke sana lagi bila tak tau la, dalam hati ada gusar skit sebab gangguan dari mat pomen tu, tapi cara dia kenkadang buat aku tersentuh dan termarah juga.  Orang Muar yang aku rasa jauh dari bandar tu pun ada masalah sosial yang cam sial, lagikan malaun2 yang dok kat KL.  Kuatkan iman berpandu hukum hakam, dalam setiap bicara kata, perli2 skit so termalu la dia akan kata2 aku.  Aku rasa tak best ke sana, sebab aku kena kacau habis habisan dengan orang Muar, hinggakan aku ada call seseorang tanya kenapa aku diganggu sebegitu sekali, aku diganggu oleh orang ntah apa2, yang buat aku fikir dua kali mau jejak ke sana.  Alhamdullilah, next trip, dia orang ubah lokasi kat Batu Pahat, lega aku akan terhindar dari gangguan mat pomen tu. 

My next place to go, dalam jadualku adalah ke Aloq Setaq, tapi email2 perubahan waktu salunya akan berlaku, kalau jadi tarikhnya aku terus balik kampung.  Kalau tak jadi aku apply cuti juga, memang best kalau dapat out station kat area2 negeri sendiri, dapat makan makanan yang dirindui, cam dulu aku dioffer ke Kelantan, aku nak tak nak je pi, oleh kerana aku gi Kuching, clash dengan date so aku reject la.  Bukan aku tak suka gi ke sana, cuma atas sebab2 peribadi, gi jenjalan trip sendiri so aku terpaksa reject tu pun sebab dia orang yang tukar2 tarikh.





No comments: