Friday, October 5, 2012

Kulit Dah Ok

Alhamdullilah, kulit aku dah ok dan baik, walaupun dekat dua minggu aku menderita pasal gatal kulit, akhirnya after satu injection aku dah ok.  Sedih kulit bercalar balar dan penuh dengan ruam cam baby, tapi gembira akhirnya dah baik selepas menderita.  Ermm may be dugaan la kot asyik nak tayang ja kulit badan kat orang allah bagi aku sakit kulit la, terkena minyak panas la, padan muka aku kan.  Apa2 pun segala spekulasi kawan aku adalah dusta, terkena buatan orang la, yang sememangnya aku x caya langsung.  Pandai2 ja dia cakap aku ni kena tu la kena ni, aku pun hampir terpesong dengan andaian dia tu. 

Aku memang dah tawakal, nak gi injection hari Isnin tu, dengan berniat untuk MC, sebab bila kena in ject, dah tentu mengantuk.  Akhirnya memang, gatal2 aku dah ok, dan aku pun SMS kat kawan aku yang hampir memesongkan aqidah aku, cakap pi amik ubat dan inject terus lega.  Di samping tu aku amik la petua, untuk hilangkan gatal2 dengan air garam, aku ambil satu genggam garam dan mandi.  Alhamdullilah aku tak kisah yang mana satu yang berkesan, tapi kulit aku dah ok tu dah cukup baik kan.  Mana tahan tanggung kulit kena minyak panas dan tahan gatai kat tengkuk aku, memang kasi aku tensen sangat, tensen yang tak terucap. 





No comments: