Friday, January 4, 2013

Alamak Lupa Nak Tulis

Alamak ada info terkini pasal travelling aku nak lupa updates.  Pasal pi Singapore pasai pi Johor Premium Outlet, he he, alahai may be sebab akunya laptop ada virus sama so jadi malas, nak copy gambar, ntah jadi cam ne lappy aku asyik hang ja.  Jadinya malas la aku asyik restart dua tiga kali x ok, so akhirnya aku pun terlupa la nak citer pasal perjalanan aku ke Singapore.  Aku memang kalau gi jenjalan mesti la nak updates apa yang aku experiences dan apa yang aku rasa, apa yang aku nampak, apa pandangan aku, ni semua ikut pendapat aku sendiri, tak berniat nak kutuk atau memburukkan tempat yang aku pi, tapi untuk kepuasan diri sendiri sahaja. 

Sometimes susah kita nak banding apa yang kita rasa dan apa yang orang rasa, cam aku suka gi Hong Kong, ada juga kawan aku yang tak suka, macam tu juga Vietnam dan Cambodia aku tak berapa suka sangat tapi untuk tujuan menjejak kaki yang mengatakan aku dah sampai ke negara tu, why not aku suka mencuba.  So jangan la diambil 100% untuk panduan dan pedoman bagi yang ingin membuat perjalanan ke mana2 cuba sebagai peringatan apa yang aku lalui tu boleh.  Ni semua berdasarkan pengalaman, actually semua pengalaman yang kita lalui tu ada yang suka ada yang duka, most of all tak dak la duka, sebabnya tujuan asal kita memang la nak bersuka bukan nak pi cari masalah kat negara orang.

Kalau dulu masa kecik2 suka la baca2 buku but la ni aku suka menulis blog, bukan untuk mencari glamer, tapi untuk kepuasan diri apa yang aku lalui dan apa yang aku observe, most of all apa yang aku lalui la.  Tak kisah la kalau ada yang suka ada yang tak suka apa yang aku tulis ni, sebabnya aku sekadar bersuka2 untuk mengisi masa lapang pabila aku rasa ingin bersendiri dan ingin meluah sesuatu yang aku rasa tak puas hati atau aku rasa puas hati. Ada juga yang kata aku tak sunyi ke dok sorang, tapi aku malas la nak cakap macam la hidup dia tu meriah dan bahagia, sebab aku ada banyak aktiviti tersendiri yang aku rasa aku dah boleh terima.  Bersendiri bukan bererti aku derita, ada orang berkawan dalam kumpulan, tapi sebenarnya aku rasa  jiwa dia kosong la sebab tu dia tak duduk rumah, tak dak benda faedah dia nak buat.  Alahai apa aku melalut ni nak tulis benda lain benda lain aku merepek, apa2 ja la nanti aku share ye akunya experience kat Singapore, he he he.....





No comments: