Thursday, July 26, 2012

Alhamdullilah

Alhamdullilah syukur yang teramat, aku dah abis setel kereta aku, walaupun deadline next month.  May be dah tak sabar nak pakai kereta baru, may be next month mau raya sakan, tak mau lagi bayar duit kereta, so aku boleh enjoy skit.  Hitung dan tolak semua, rasa cam tak sabar la plak, tapi ada kalanya aku rasa sayang pula dengan kete Waja aku tu, abis cam ne aku masih sayangkan Waja yang tak pernah kasi masalah kat aku.  Rasa nak enjoy dulu dengan duit sebanyak RM656 sebulan yang aku bayar bulan2, tapi tak taw la sampai bila aku boleh bertahan tengok Honda City atas jalan dipandu oleh pengemar2 Honda.

Alhamdullilah aku dah setel semua bil2 yang aku tak pernah nampak sebelum ni, he he, maksudnya tak sampai kat tangan aku la kot.  Antaranya bil pembentongan, bil cukai pintu, bil api dan bil air serta bayar duit maintenance la apa lagi, wajib bayar walaupun service cam taik ja.  Aku juga dah renew roadtax kete Waja aku untuk kali terakhir kot, tengok sampai bila aku dapat bertahan untuk tidak membeli kereta baru.  Aku juga nak kensel broadband aku yang aku rasa membazir sejak aku dah masuk plan untuk HP Samsung aku, ni bukan apa dah jadi membazir plak, kat umah aku pakai UNIFI dengan harga staff. 

Alhamdullilah juga lampu rumah aku dah setel semuanya, lampu bilik aku dah terang semula, so aku tak yah teraba2 dalam gelap pepagi time nak pi keje sebab nak amik baju keje dalam lemari bilik utama aku tu.  Alhamdullilah juga aku rajin masak di bulan puasa tahun ni berbanding tahun lepas.  Alhamdullilah aku belum ada baju raya..he he apa2 pun kita kena bersyukur la, sebab tak semua barang naik harga, ada turun naiknya so cam tu la kita, kalau dah up kat sini ada la down kat mana2..Belum ada hati nak beli, may be malas nak shopping time berpuasa ni yg panas teramat terik.



No comments: