Saturday, September 1, 2012

Jam Baru Aku @DKNY From US

Dah lama nak beli jam yang comel,  tapi bila fikir musibah akan melanda aku batalkan niat.  Kalau pakai jam aku hanya boleh pakai sekejap ja, nak tau apa sebabnya aku ni ada masalah kulit yang tak tahan dengan steel, so bila aku pakai kulit aku akan jadi gatal hingga kritikal.  Tak kira jam murah ke jam mahal sama je, tapi oleh kerana teringin aku salu beli gak,buat perhiasan, pakai sekejap ja gatal dan kenkadang buat aku malas nak pakai so tak pakai terus.  Bukan jam saja kasi masalah kat aku kalau mandi kat air terjun cam Sg Congkak tu aku celop badan suam2 kuku ja sebabnya aku dah kena injection untuk kegatalan yang sangat kritikal.

Kenkadang malu la jugak asyik tanya orang jam pukul berapa, macam tak mampu nak beli so aku nekadkan diri untuk beli, jam mak beli kat Mekah sampai sekarang masih elok cuma abis bateri saja, so aku simpan juga wat kenangan, kalau pakai mesti garuk tangan sampai luka.  Yang pelik kalau pakai barang kemas yang semuanya yang bertakhta mas elok plak, kalau pakai yang celup2 skit pun kulit aku garuk.  Tengahari semalam aku gi amik jam aku kat outlet yang aku pesan tu, so pakai la petang tu, malam2 sudah rasa lain macam, kulit aku, ya allah nape la aku dapat kulit cam ni, tak dapat kulit cam orang lain, pakai apa pun ok ja, kalau aku abis la jadi kudis dan parut, tensen kan.

Tu yang menyebabkan aku salu guna jam handphone je untuk tengok jam pukul berapa, biarlah orang cakap aku tak mampu beli, tapi kulit aku akan lebih terseksa lagi kalau aku pakai jam.  Kena pakai jam mas je kot, mengada punya kulit, maafkan aku la jam2 yang tak dak mas, kulit aku memang kulit sensitip, bukan sebab jam saja kalau pakai gelang atau rantai tangan tak mas pun tak boleh, so jangan la terasa kalau aku tak pakai barangan jenis tu, aku juga malas nak tanggung parut2 di tangan.  Kalau aku suka jam murah pun aku beli cuma aku tak boleh nak pakai la, buat hiasan boleh la, kenkadang aku try pakai juga, hasilnya sangat memberangsangkan abis la tangan aku ditimpa kegatalan yang amat teruk. 

Jam terbaru aku

Jam terbaru aku ni aku order dari US, sebab ada kaki kat sana so order je la, dia ni bekas staff TM, migrate kat sana so kami order dia ada outlet kat Kelana Jaya Centre Point, so bila dah transfer duit pi ambil ja la. Anyway sebenarnya aku nak order Correlle kat dia ni tapi nampak jam aku order jam pula, apa boleh buat, pompuan biasa nampak apa yang berkenan semua nak beli.  Sebenarnya sudah terasa kegatalan pada lengan aku masa pakai petang tadi, sedikit kefrustan tergambar di wajah dan perasaan aku, apa boleh buat, nasib badan, nampak gaya jam ni bakal menjadi koleksi perhiasan, unless kalau aku rasa perlu sangat baru la aku pakai, apa pun tak boleh, menci la.  He he he

Ni la rupanya bila time nak pakai





No comments: