Wednesday, September 5, 2012

Perut oh Perut

Masyaallah kalau aku sakit perut, dunia ni gelap gulita.  My boss tahu dah aku kalau sakit memang cam nak pitam.  Sebab tu kalau gi overseas aku tak lupa bawa pil chi kit teck aun.  Kenkadang before makan aku akan makan dulu ubat ni, perut aku ni sensitip tahap gaban punya, oleh yang demikian aku sekarang prefer masak sendiri, kalau idak mati aku makan asyik cari toilet ja.  Aku tak taw orang lain macam mana, tapi aku sendiri memang perut cap ayam.  Perut second hand kenkawan aku panggil, tapi sebenarnya aku rasa perut aku gred tinggi skit sebab perut aku kalau sakit tu, ada beberapa sebab.  Pertama may be dia orang letak pak aji no moto kedua mungkin makanan dia kurang bersih, sebab tu perut suci aku ni tak leh nak terima.

Seronok la makan2 sebelum perut sakit

Bermula dengan senak masa aku balik dari Sime Darby Convention Centre tu, aku dah cuak la.  Rasa kembong perut bila aku jejak kaki masuk dalam rumah aku ingat selesai di situ, kuaq masuk bilik air, muntah aku ingat dah cukup setakat tu.  Bila berterusan sampai lembik aku rasa, nak tidur dalam toilet ja, aku rasa something wrong dah ni.  Gaban la sakit memulas, senak dengan muntah kuar semua apa yang aku makan, tembikai, satay, koay teow, adoi rasa tobat wei nak pi open house lagi, memang la sedap tapi kalau menyiksa badan aku.  Ni namanya Open Dead, he he he, gila betul aku sakit teruk sangat, dulu pun cam ni tapi muntah sekali ja, ni bermuntah 4 kali, aku consider teruk la kali ni. 

Lepas maghrib aku tidur keletihan sakit dekat 4 jam, dekat2 pukul 12.00 malam baru aku terjaga, rasa ok skit tapi masih masuk toilet.  Insaf makan free hasil jemputan orang, masa sakit memang ada la, perut aku ni mengada2 la ..menci betul.



No comments: