Friday, September 28, 2012

Minyak Panas Splashing

Sudah jatuh ditimpa tangga, udahla kulitku gatal2 belum baik terkena pula minyak panas.  Hanya kerana nak makan rangka ayam gorem yang aku beli kat pasar malam, abis kulit badanku.  Ayam rangka ni aku beli kat pasar malam terlupa nak makan, so pagi2 ahad aku panaskan la sebab teringin la kan.  Dulu kami panggil rangka ayam ni ayam dinosour, aku dan Mala.  Mula2 kena memang rasa skit ja, cam percikan air kecik ja, tapi bila petang2 rasa la, kepedihan tu.  Rasa nak nangis pun ada, nak marah tak leh sebab salah sendiri.  Padan muka sapa suruh buka baju masa nak menggoreng, dah elok2 pakai baju tidur gatal nak buang, sayang takut kena minyak kootr, berkemban la lagi, second time dah kena ni buka pertama kali.  Guna frying pan kan goreng ayam, so time balikkan tersplash la minyak kena badan aku.  Masa kena tu rasa cam percikan manja ja, tapi bila petang nampak merah satu badan ..oouch  nyesal tak guna. 

 
                                                 Cantik tak tanda di dahiku

Bila petang Senah mai rumah, baru aku rasa pedih badan cam terkena percikan minyak panas tu.  Aku gagahkan masak untuk Senah sebab dah invite dia mai lepak umah aku.  Sebenarnya aku suruh dia mai tidoq umah aku hari Sabtu, atas alasan apa aku tak taw, dia cam tak mau mai so dia pun mai umah aku ari Ahad, apa lagi cam Charlie Chaplin, aku goreng ayam dan masak petai.  Lepas masak aku jamu dia makan, he he yang best dia cakap aku dah pass masak, yeahh aku dah boleh jamu orang makan dengan air tangan aku.  Adoi perasan la pula, bila Senah puji aku masak sedap, he he he, kenkadang aku memang rasa aku masak sedap tapi tak kan nak puji diri sendiri kan... Ha ha ha..


Separuh tangan, sebenarnya banyak lagi yang kena ni

Nak sampai waktu maghrib, dahi aku ada satu tanda merah, he he cam tanda nande, nak taw apa tu.  Tu la minyak panas splashing yang aku rasa sebenarnya kecik sebesar zarah, tapi kesannya dia memudaratkan kulit muka aku, bukan mukanya kena, tangan sebelah kanan aku dari atas sampai bawah, ni la bahana mengoreng berkemban, padan mukakan, konon nak menjaga kebersihan baju terkena minyak, abis kulit badan aku.   Kesan parut ni akan baik, cuma lambat skit la makan masa, aku berani cakap sebab dah ada experience before kena minyak panas ni kat dada...he he he..dah pernah kena tak insaf kan, sama kes juga berkemban punya pasal.  






No comments: