Sunday, December 23, 2012

Susahnya Jadi Pompuan

Susah jadi perempuankan, tak tahu la u all agree tak dengan apa yang aku nak tulis ni, may be apa yang aku share ni tak mendapat persetujuan dari semua kaum hawa tapi ni apa yang aku observe la, may be aku juga pernah alami.  Kalau bab2 susah jadi perempuan ni, of course la tentang jodoh atau bercinta, kalau daring terlebih dengan lelaki dah kena kutuk kat belakang, kalau tak jadi daring orang cakap jual mahal sebab tu tak laku, abis tu cam na.  Kalau dah umur dah meningkat ni, kalau baik2 dengan orang muda dari kita pun kena kata sebab tak laku, tu yang cari orang muda, kalau baik dengan laki orang pun, kena kutuk juga sebabnya konon2 tak dak jantan lain kacau laki orang, yang laki orang kacau perempuan tu tak la nampak pula kan. 

Kalau bab2 cinta memang masalah la juga, kalau nampak pompuan ja lebih lelaki tak nampak tunjuk reaksi positif susah la juga.  Mula2 nampak cam sungguh nak dengan pompuan tu, tapi lepas tu cam endah tak endah ja, cam mana tu.  Kenkadang bila pompuan tu nampak cam dah suka kat dia dia buat2 la dah ada awek lain la, tak mau commitment la, buat2 tak dak duit la, kesian kat orang pompuan kan.  Nak kata lelaki tu bagus sangat memang la ada yang bagus, kenkadang yang cikai2 tu pun eksyen semacam, rasa cam dianya share tinggi sangat nak demand2.  Kenkadang kalau aku fikir semua ni, dan buat perbandingan dengan current situasi aku, aku rasa aku tahu jawapan untuk aku.  Cam la aku tak laku sangat, masih laku cuma aku ja yang kerasa hati nak layan ke tak kan, aku takut sebenarnya, takut terkecewa lagi.

Akunya style pasal lelaki ni, bila aku share dengan kawan ofis aku dicakap aku ni cerewet, he he he, mungkin la juga aku rasa benda tu kecik ja, tapi kawan aku kata fussy juga.  Ya la pada aku lelaki kalau suka aku dia akan cari aku untuk ajak aku keluar ke atau sanggup bersusah payah untuk jumpa aku.  Tapi kalau aku yang lebih mencari timba tu aku tahu la maksudnya, tu aku punya term and conditions, ada lagi aku tak share kat sini.  Kalau aku rasa aku yang salu contact orang tu, tu bermaksud aku ja yang over orang tu tak anggap aku spesel pun, tak tahu la macam plak nkorang punya pendapat ni aku punya pikiran.  Aku nak lelaki sayang aku lebih, bukan aku yang terhegeh2 dengan lelaki tu, best juga kalau dapat lelaki yang kuat cemburu tu tanda dia sayang lebih kat pompuan.

Susahnya jadi pompuan, kadang2 dah suka sama suka tiba2  break up di tengah jalan, tak tau punca, pompuan yang rugi dah buang masa bercinta bagai nak rak, pi mana sama2, layan hobi sama2 tapi tak dan 3 bulan dah tak dak apa2. Apa punya pun tak tau, elok2 dah bercinta, tiba2 declare single, erm sian gak kat kaum hawa ni, kaum aku la.  Kadang2 suka sama suka tapi tak terucap, nape jadi cam ni ek, cam aku yang susah nak caya dengan kaum adam, kenkadang aku risau gak, may be takut dengan pengalaman2 lampau yang selalu dikecewakan.  Wallahualam ingat aku nak pejam mata ja, sapa suka aku ajak aku kawin tahun depan aku terima ja, boleh la cakap cam tu, time nak cakap ok belum tentu la bolehkan. 

Aku pun kenkadang rasa cam perasan, ingat orang tu suka kat aku tapi sebenarnya dia orang suka2 cam tu ja, bukan suka betul2, kalau suka betul dah sanggup bersusah payah ajak keluar, ajak makan, asyik call.  Kalau setakat call ada kepentingan tu bukannya suka ye kaum adam, tu nak settle hal sendiri namannya.  Kalau lelaki hobi mengayat semua awek, jangan la ambil, nanti hidup pun tak tenteram, jiwa tersiksa, sebabnya dah hobi layan semua orang, tak tahu la mana satu aweknya.  Entahla susah la jadi pompuan, nak kawin masalah, tak kawin kena perli, layan orang pun kena perli tak layan, kena juga perli, macam mana ek.  Tapi kalau dengar cakap orang memang la tak kawin kan.  Kalau dah suka tu terima ja, pejam mata kalau bahagia tu bonus, kalau derita anggap la dugaan.

 Insyallah buat baik allah balas jodoh yang baik, kalau jodoh tu tak elok untuk kita, jangan kita salahkan takdir, salahkan diri kita juga mungkin balasan dosa2 silam yang pernah kita lakukan. 


No comments: