Thursday, September 29, 2011

Aerodance After Raya

Dah lama aku tinggal aerodance ni sebenarnya aku baru join balik this month.  Ada sesetengah orang tak tahu apa tu aerodance, sebenarnya aerodance ni adalah singkatan aerobic dan dance.  Maksudnya kita orang melakukan aerobic tetapi dengan menari ala2 hip hop la, rock la, retro la semua ada, dipendekkan cite kira mengikut lagu2 yang latest la di mana dalam tarian tersebut terdapat teknik2 tertentu@exercise le.  Nak tahu nape aku keluar class ni, jawapannya aku rasa bontot aku makin naik je, may be asyik wat senaman bontot je.  Aku rasa pakai jeans bontot cam terkeluar ja, he he, orang cakap lawo bontot terkeluar, ada ka cam tu.  Nak tahu nape aku join balik, satunya aktiviti futsal dah kurang, kenkawan sibuk, aktiviti jogging pun makin malas, so kena la wat exercise kena paksa juga walaupun berbayar.  Lagi satu aku peha aku yang besar ni semakin besar sebab tu aku kena work out balik, lagi masa nak BM Hill hari tu aku terpancit, so ni tanda2 aku tak sihat la.  Jadi kenalah terkinja2 balik menari, menari memang aku suka.  So akan aku abadikan setiap gambar dalam class supaya aku dapat ukur, menari ni wat aku fit ke idak, peha kecik skit tak. Sebenarnya jogging lagi cepat kecik peha, tapi aku wat weekend ja, sensorang pun aku layan, sambil nak hilang rindu bayangan kat mamat tu. 

Aku suka exercise pagi, nak tahu sebab apa, time ni kita akan rasa malas dan kurang segar so bila exercise kesegaran untuk berkerja akan muncul.  Lagi pun cikgu kami cun, body sexy, he he dia suka usik aku, time mata aku nak pejam.  Kelakarkan setiap hari malam rabu aku akan ada masalah tidur that's why aku akan mengantuk dalam kelas, ada saja tak leh lena la.  Sebab tu asyik terpejam ja mata sepet aku ni..tapi semangat punya pasal nak kecilkan peha aku mesti hadir kelas ni.  lagi satu nape aku keluar dari kelas ni dulu sebab trip jenjalan aku gi oversea semua kena hari rabu, so aku pun malas nak masuk kelas, rugi la bayar tapi tak boleh attend class.  Tapi demi mengekalkan susuk tubuhku aku perlu rajinkan diri ke kelas, tiada masalah untuk aku bangun pagi, sebab aku memang bangun pukul 5.00 pagi kalau hari berkerja.  Kalau hari Sabtu dengan Ahad may be la aku dah set mind esok tak keje, so aku bangun untuk subuh ja.



Ni la Novem cikgu aku..dia salu cekak pinggang kat aku kalau aku malaih dance..

Bergambar untuk class pertama selepas berehat sekian lama

Second class aku..hu hu peha aku sgt besar

Third Class..aku rasa selesa skit peha sudah tidak bersentuh lagi

Aku mahu ada kenangan bagi setiap class bagi mengukur ada perubahan tak pada body aku..


No comments: