Tuesday, September 27, 2011

Rindu Bertandang Lagi

Hampir setiap malam rasanya aku merindui dikau, oh malu rasanya kalau orang tahu aku rindu kamu, aku pun tak tahu kenapa dan mengapa salu je aku ingat kamu.  Adakah aku jatuh cinta lagi? adakah aku syiok sendiri?  adakah ini mainan perasaan ja? .semua ni berlegar di otak aku.  Kalau orang tahu aku rindu banget sama kamu, mana harus ku letak muka ini.  Tuhan tolong katakan yang ini semua hanyalah mainan perasaan aku saja. Rindu cam ni buat aku parah la, tak sanggup rasanya memendam rindu dari jauh, kalau orang tahu aku rindu sapa, agak2 dia orang gelak tak kat aku, ni yang aku tak sanggup nak cakap dengan siapa aku rindu.  Kalau sama2 merindu kan best tak la aku gila bayang sensorang, sakit dada aku bila acap kali berdebar fuh..rasa nak je jumpa tapi apakan daya, aku tak tahu dia suka aku tak?  Tapi hanya aku dan dia je tau sapa rindu sapa, sapa suka sapa sebenarnya nie...oh kusut aku ..

Dah hampir sebulan hidup aku tak keruan, tak siapa pun yang tahu, hanya aku ja tahu dengan siapa aku rindu. Tapikan aku pun confused, kenapa aku asyik ingat dia saja, sedangkan aku tak tahu dia ingat aku ke tak.  Banyak kali dan pelbagai cara aku buat untuk menghilang dan mengelak rasa rindu kat mamat ni, tapi tak boleh, ku cuba untuk lari dari bayangan wajah dia, tapi tak boleh la.  Hish merindu mamat itew buat aku separuh mati, cuba menidakkan sesuatu yang benar, cuba hilangkan rasa resah gelisah aku, setiap petang minggu aku gi jenjalan atau jog kat Tasik Perdana tu, motip nak hilangkan rindu aku kat dia. Tuhan je tahu..OMG...apa nak jadi dengan aku ni rindu kat .......tet tet..

2 comments:

XanderTheGreat said...

Hampa rindu kat sapa...cuba habaq mai. Kut2 kami bole tolong ka...

sweetmanis said...

ada la..budak sekolah mana ntah