Wednesday, September 28, 2011

Satannzz

Dah dua hari aku rasa bosan, tak tahu kenapa, masak malas, makan pun malas beli pun bukan makan sangat buang saja.  Ya allah ceriakan kembali jiwa dan ragaku, aku pun tak suka dengan kemalasan yang melanda dalam diri.  Nasib baik kemarahan tidak menguasai jiwa dan ragaku, kalau tidak dah ramai kena maki hamun dengan aku kan.  Baju raya tak siap bukanlah isu besar, yang menyebabkan aku bosan dan malas datang dari jiwaku sendiri, nasib baik tidak menghalang aku untuk bersolat, kalau dulu mungkin dirasuk hantu syaitan buat aku malas untuk bersolat.  Tapi sekali ni aku kuatkan fizikal dan mental  untuk melawan bisikan syaitan supaya tidak mengerjakan ibadah. Mimpi2 pelik tidak lagi muncul dalam tidur aku, pesan ustaz, pesan tok guru dan juga kawan2 sepejabat nak tidur ambil wuduk, so aku amalkan, syaitan tidak muncul lagi dalam mimpi aku.  Andai aku terleka mungkin dia muncul sekali sekali, tapi aku tidak gentar, biarlah datang beratus pun, allah seakan2 melindungi aku dan aku sentiasa diberi petunjuk untuk setiap bala yang akan menimpa diriku.  Setakat ni aku masih mampu untuk melawan gangguan ini, tapi tak tahu lah sampai bila, gangguan dari anak2 syaitan akan terus bermaharaja lela dalam mimpi2ku.  Gangguan yang menggusarkan hidup aku ni buat aku tertanya2 adakah ini hanya syaitan yang bermaharaja lela, atau perutusan dari pihak yang ingin aku tersungkur. Oh seumur hidup aku perlukah aku menempis segala gangguan yang amat membosankan ini, kenapa ada orang suka melihat aku rebah, suka melihat aku derita, suka melihat aku tergila2 pada yang aku tak sudi, suka melihat aku tergila bayang, suka membuat aku menjadi bodoh, suka melihat aku resah...oh persetan semua tu...selagi ada kuasa allah aku tak perlu gentar. 

Cuma yang berada dalam otak serabut aku ni, adalah fikir pasal orang berpura2 baik tetapi naluri dan perangai macam syaitan, aku lebih suka menggunakan perkataan satanzzz, coz aku rasa ayat ni paling cun.  Satanzz pada pandangan aku adalah orang yang mengambil kesempatan pada pandangan orang lain dia baik tapi dengan aku perangai cam haram ja, berlakon ala2 ustaz, komen2 pelbagai tapi sedikit sebanyak terkeluar gak jin kat kepala walaupun niat nak sorok.  Satanzz juga aku ucapkan pada orang yang suka kutuk aku kat belakang, depan baik nak mampus.  Satanzz lain juga pada aku kalau orang berpakat nak mengenakan aku, aku rasa memang satanzz puaka depa ni.  Satan dendiam lagi bahaya dok observe orang, pas tu kutip semua info shares ngan kenkawan pas tu discuss dengan kenkawan kutuk aku, wat aku cam orang bodoh cam aku tak tahu. 

Aku benci juga dengan satanzz yang berlagak baik depan bini, tapi belakang bini satanzz kaki betina. nak cover diri cakap orang tu jahat orang ni jahat, tapi sebenarnya belakang bini dia satanzz number satu.  Aku memang meluat dengan peel setengah satanzz yang berlakon baik depan orang ni, banyak dah aku kenal ngan satanzz jenis dia.  Satanz ni suka serang hendap time nak berlumba2 tunjuk dia hero, banyak gak satanzz cam ni yang berselindung di sebalik wajah dan sikap...Bila terkantoi satanzz ni buat2 mengaku baik depan bini, orang lain la jahat.  Satanz ni memang perangai cam haram....Ada gak satanzz suka mengajar orang lain jadi jahat, dan dia dok belakang tepuk tangan tengok orang yang terkena.  Ada gak satanzz mula2 geng dengan satanzz lain, tapi ada gak niat nak makan sorang..semua ni satanz kepala hitam...Lagu yang sesuai kat satanzz2  ni adalah lagu Stacy..Jahatnya Kamu......puas hati aku kutuk satanzzz kepala hitam yang bermaharajalela dalam dunia realiti dan dunia cyber...Aku tak pernah justified orang jahat sebelum dia cuba wat jahat dengan aku tapi aku careful dengan orang, bila naluri aku terdetik dia ni satanzz. Selalunya naluri aku tak pernah salah, memang kalau aku rasa dia satanzz tapi orang lain cakap dia baik, aku tetap dengan naluri aku, dia satanzz...Nampak macam aku selamber layan satanzz kepala hitam ni, tapi satanzz ni ada niat tak baik kat aku, ni yang buat aku sedih dua hari nie, satanzz kepala hitam memang dah terlepas dari bulan ramadhan, betul cakap Tham masa aku chat dalam fesbuk dengan dia, walaupun dia Chinese, dia pernah remind aku, satanzz akan muncul selepas ramadhan so you careful ...Nak ja aku peluk Si Tham ni cakap, Tham you are rite, tapi sat gi bini dia marah pulak, memang tembelang satanzz sudah aku hidu...




No comments: