Saturday, September 24, 2011

Rumah lagi

Bukan nak show off tapi sekadar mengisi masa lapang nak menulis dalam blog, aku masukkan pic bilik aku ngan cabinet dapur aku.  Nak membeli satu dan memilih satu punya la susah macam aku pilih lelaki juga la susah nak berkenan.  He he pilih bedsheet pun kalau boleh nak hijau, tapi apa kan daya, mana ada color sama ngan color langsir aku unless beli satu gulung wat semua menda. Ini wat aku nak gelak guling2 ni kalau orang tanya aku jawapan tu la aku nak jawab.  Kenkadang orang suka komen sana sini, macam la depa tu perfect sangat, meluat aku, macam kat fesbuk gak ada naik meluat aku, kalau aku komen wall dia sentap, tapi kalau dia mengomen orang bukan main lagi.  Lumrah manusia suka mengeji dari memuji, apa motif pun tak tahu, agak2 apa yang ada lam perasaaan dia wat orang sakit hati, kalau kena kat dia siap kasi pelbagai alasan pula, yang aku rasa nak ambil ja video suruh dia tengok macam mana dia sebenarnya.


Ooops melalut plak dari topik aku nak layan hari ni, pasal bilik dan pasal cabinet dapur aku, cabinet kontroversi aku ni, yang bikin aku panas macam nak hempuk orang yang design mula2 tu.  Bilik ok memang tak buat apa2 renovation sekadar beli set tidur letak je, aku beli set putih, konon nak nampak bilik besar orang cakap, tapi masalah juga sebab cepat kotor.  Kalau tengok sofa ngan bilik tidur memang tak match color, kalau nak match semua alamat satu benda pun aku tak beli.  Cabinet aku pun aku pilih black and white, supaya nampak sama ngan perabut pilihan aku, kalau semua nak color putih susah juga sebab tempat masak kalau putih abis la, nampak cepat kotor, so aku pilih table top hitam dan cabinet bawah hitam, cuma atas aku pilih putih.  First punya contractor memang tak boleh pakai, buat cabinet aku cam budak sekolah kindergarten punya.  Sib baik dia orang tukar kontraktor, buat sorang tapi sebab expert hasil kerja memang bagus.  Betul kot orang cakap aku cerewet, so semua quality mesti bagus, aku rasa tak la sangat sebab sesetengahnya aku layan jer.



Cadar aku yang keempat, lemari aku pun putih tau

Dari bahagian depan


Cabinet controversi aku

Kecik ja tapi cukup untuk aku

My flat screen TV Sony..

Our pool di siang hari..

Pool kami di waktu malam, jarang orang mandi

Kalau ikut hati semua beli kat IKEA barang2 aku ni, tapi aku dah aim satu katil kat IKEA, my fren dari JB pun cakap, barang umah you banyak barang IKEA kan, semua depa kenal la plak.  Hari tu dah nak rembat set katil ngan tilam semua sekali, fikir punya fikir tak jadi, berkenannya aku dengan katil tu, tak pa tak pa kalau ada jodoh aku beli jugak katil tu, tak lari gunung dikejar ada je katil tu kat IKEA.  Meja makan aku sangat penuh dengan makanan that's why lum publish la dalam blog ni, kalau dah kemas nanti aku pamir la. Cukup dulu la dulu tengok yang ni...tunggu next plak. 


No comments: