Friday, November 9, 2012

Batu Pahat Oh Batu Pahat

Drive sensorang kerana ada tugas penting di sana, memang membosankan tambahan dalam hujan di merata2 tempat, nak drive pun susah.  Jalan menuju ke sana senang pada aku yang tak pernah sensorang drive main redah saja, baca papan tanda.  Muar pun aku tak pernah pi, tapi sampai juga, alhamdullilah walaupun kete aku rosak masa kat sana, tapi semuanya dipemudahkan kepada aku yang terkontang kanting di negeri orang.  Cuma aku tak suka bila orang kacau aku kat sana ja, lelain aku rasa Muar lebih cantik, bersih dan teratur.  Berbalik kepada batu pahat ni, dijadikan cerita belum aku nak berkenal mesra dengan pekan ni, tup2 kerja aku ditangguhkan untuk masa lain, so tak la sempat aku jatuh cinta dengan makanan di sana. 

Apa yang aku dapat makan di Batu Pahat hanyalah Koay Teow kerang masa dinner hari aku sampai tu, breakfast kat Hotel Landmark, Bihun Goreng yang disediakan oleh orang TM Johor dan juga lunch ayam masak pedas.  Makan petang aku tak rasa pun, coz aku bergegas pulang ke hotel untuk check out, sayang juga sebab kena bayar untuk daily use, tapi buat apa aku nak stay sebab keje dah tak boleh nak buat,  Memang buang masa dan buang duit saja, pergi jauh2 kerja tak jalan, half day, rugi duit company saja.  So explore race makan2 aku di sini tak la hebat, tapi aku suka asam pedas berbanding dengan asam pedas Muar yang masin sangat pada aku, cam tu juga mee bandung dia aku rasa masin juga. Tapi aku akan kembali ke Batu Pahat untuk menghabiskan tugasan aku untuk kes itu.  Insyallah, dah terikat dengan janji, next time no more out station jika aku kena drive, exhausted gila drive jauh2 sensorang.  



No comments: