Wednesday, November 21, 2012

Broga Hill@13 Nov 2012

Cuti panjang minggu ni, sambungan 13 Nov 2012 Deepavali dan Awal Muharam, kami staff TM kena force leave so aku pun risau la juga, nak buat apa cuti panjang2 sebab aku tak dak plan nak gi mana2.  After TIBI run aku Ida Maria dan Idot ada la chit chat skit nak gi mana hari Selasa tu yang jatuh hari Deepavali pula tu.  Last2 kami decide gi Broga Hills, adalah dalam 7 orang aku nampak dalam email yang Idot create tu.  Ada yang aku kenal, ada yang aku tak kenal, tapi aku layan ja memandangkan aku tak kemana so aku ikut ja, lama juga tak naik bukit, sebenarnya penat gi Treasure Hunt dan TIBI Run lum abis, tapi aku gagahi juga ke sana walaupun aku dalam keadaan period yang tak menentu, dah tak tahu mana satu hari period aku sebenar.

Aku tak confirm dalam email, dan tak call juga, berlagak terer terus on je ke sana, melihat time yang dijanji pukul 7.00 pagi so aku bergegas keluar cepat juga, tapi aku rasa jalan clear so tiada masalah la aku nak ke sana.  Macam terer saja aku tak pakai GPS, guna signboard tanya budak tol, aku laju ja drive. Aku teringat dia cakap Ringit ja masuk ikut situ, last2 aku rasa cam salah pula, rupanya aku terikut Highway LEKAS, tapi alhamdullilah sampai juga aku kat Broga tu, nasib aku ingat jalan masuk ke situ sebab aku pernah pi sekali hari tu, nampak University Nottingham, so kira aku dan terer la sampai.

Sampai kat sana, baru aku call dan bila aku call Idot tak jawab, so aku assume depa tak jadi.  So aku patah balik bila beberapa kali aku buat miss call dia tak jawab, tak sampai berapa minit aku patah balik Ecah call aku tanya aku kat mana, aku cakap nkorang tak datang yer, akak dah patah balik, anyway aku tak salahkan dia orang sebab aku tak call confirm pun semalam.  Pada waktu dan ketika itu aku dah mula rasa tak selesa, may be sebab period aku dah mula banyak, time tu juga aku rasa nak baring cam selalu aku collapse dok kat rumah, tapi sebab dah sampai kat situ aku gagahi juga untuk naik bukit tu, berbekalkan tongkat yang aku beli untuk naik bukit, dapat la aku tampung diri untuk naik.  Bila kena kat National Park, Teluk Bahang hari tu, so aku dah beli tongkat tu untuk simpanan dalam kereta aku.

Meneruskan perjalanan naik bukit, sedikit demi sedikit aku mula rasa cam nak pitam, ni la penangan period gila aku tu, hari tu dah stop, tiba2 datang balik, aku pun risau kot2 ada sakit pelik2 kat aku.  Tapi aku masih bertahan, naik juga walaupun aku penat Treasure Hunt dan Tibi Run yang berturut2 aku tetap nak naik Broga juga, biar la.  Ida Maria, awal2 lagi dah hantar message kat Inbox tak jadi, so aku rasa dia malas sebab hujan dah turun pagi tu.  Hidayat dalam message konon2 nak datang awal la, tapi batang hidung pun tak nampak, lagi satu budak gi aku tak kenal sapa.  Yang confirmed datang hari tu, aku, Idot, Ecah dan Azrul saja, kami bereempat ja yang naik, tapi Roy lewat sikit datang, dia datang dengan geng mana ntah.

Bunga lalang sangat cantik kat sini

Pandangan dari sudut lain, aku suka juga ni


Bila tengok lama2 makin cantik

Ramai juga yang layan naik Broga hari tu, walaupun cuaca asyik hujan saja, berlaku congested dekat jalan2 atau lereng2 kecil yang memerlukan pendaki bertolak ansur untuk memberi laluan yang sangat sempit.  Demi keselematan diri, jalan yang agak licin dan becak so kalau nak fikir diri sendiri memang tak patut la. Ada yang bawa awek, ada yang bawa famili, ada yang bawa anak saja, ada yang pi suami isteri, so pelbagai kategori la ada, rombongan sekolah dan rombongan opis pun banyak.  Ada juga yang balik dari camping dari Gunung Tok Wan aku rasa, nampak gaya menggalas beg besar tu, mat salleh pun ada juga, may be kenkawan depa yang bawa. 

Orang balik camping dari Gunung Tok Wan ni

Mat salleh pun teruja datang sini

Aku layan sensorang, suruh orang ambilkan depa naik atas


Gambar ni aku suruh kakak yang tunggu hubby dia ambilkan

Masa naik kat stage 2 aku rasa nak pitam dan nak muntah cam aku naik Bukit Mertajam dengan cousin aku last year, so aku tak teruskan perjalanan, Azrul ingat aku tak larat dia tunggu dan ajak aku naik, aku cakap aku give up la sebab aku period, rasa cam teruk sangat, so dia naik la sensorang, ikut Ecah dan Idot, aku tunggu kat bawah layan sakit pala dan layan muntah air aku, rasa teruk gila, kalau aku pengsan, abis la.  Sambil menunggu dia orang turun aku menikmati keindahan pokok2 yang dah tak berapa cantik, dan awan biru yang sangat menarik pada aku di saat2 aku rasa cam tak selesa tu, sambil minta belas kasihan dengan orang yang duduk berehat tu snap gambar aku.  He he, tapi sambil berehat tu ada juga sekumpulan remaja buat lawak, cakap dekat aku, kawan kami muntah, so aku gelak ja la, depa tak tahu aku pun dah muntah tadi.

Bergaya atas batu

Posing sakan la aku kan

Kami datang berempat, dari kiri Idot, Azrul, Aku dan Ecah

Ada yang stop lama, aku cakap dik, kalau naik bukit tak boleh stop lama2 nanti malas2, baik naik cepat, cam bagus aku kasi nasihat.  Aku tunggu dia orang hampir setengah jam, so macam biasa tengok gelagat orang, ada yang datang bersembang dengan aku, aku layan ja kakak tu sebab dia pun tak naik, tunggu hubby dia.  Dia rasa cam aku rasa juga, so aku ada teman berbual, bila hubby dia turun, aku tinggal sensorang lagi.  Bila dia orang turun kami, pun apa lagi posing atas batu dengan pelbagai gaya, lepas tu turun la, aku kelaparan ajak dia orang makan kat taman area tu dan akhirnya kami balik.  Ecah tumpang aku sampai PUTRA LRT, yang aku pelik cakap banyak pula budak ni, pok pek pok pek dari Broga tempat makan sampai KL, conpius juga aku.  Sampai kat rumah kepala aku mula sakit, makan dua biji panadol, aku tidur untuk rehatkan badan dan minda. 

Jalan balik sambil makan ais kerim

Gambar kenangan di sini masa nak balik








No comments: