Saturday, November 24, 2012

Orang Jauh

Masa gi Muar out station hari tu, kenal dengan sorang mamat ni, nama dia Hairy.  Mekanik yang baiki kete aku masa rosak hari tu, dia macam suka kat aku, lepas dari baiki kete tu asyik call dan SMS ja aku, sampai aku naik rimas.  Tapi oleh kerana aku tak punya BF, melayan la juga kan kenkadang bila dia SMS aku, dan aku rasa dia cam tak jemu ja call mengayat aku.  Selalu cam ni la, orang yang suka sangat2 ngan kita memang akan call kita berbanding dengan orang yang tak berapa suka kita, tapi cam aku lain skit bila aku bosan aku kerap juga call orang, mungkin kenkadang menjadi masalah kat orang.  Kenkadang aku call orang tanya masalah peribadi aku yang tak semua orang tahu.

Aku rasa Si Hairy ni kenkadang cam suka gila dengan aku, tapi dia ni cintakan memancing so masa banyak dihabiskan untuk memancing.  Kenkadang aku malas nak layan dia sebab dia jauh dari aku, tapi aku layan juga sebab aku tak de sesiapa yang dianggap boyfriend, semua kenkawan ja.  Dia orang pun tak pernah anggap aku girlfriend so tiada masalah aku nak layan sesiapa pun, unless la dah cakap dia nak aku jadi sweetheart dia kan, selagi tak cakap, tak ajak aku dating, maksudnya aku boleh keluar dengan sesiapa aku suka dan aku boleh cakap dengan sesiapa aku bosan, gitu juga kalau nak keluar makan pun aku boleh je dengan sesiapa pun.  Dia ni kalau panggil aku sayang, kenkadang aku geli sebab aku tiada perasaan pun kat dia, cuma time aku sedih aku layan la manja2 dengan dia, jahatkan aku berlakon.

Yang menjadikan aku layan dia juga sebab dia tak pernah marah aku, layan aku cakap lembut saja, tak pernah nak menyakitkan hati aku.  Aku rasa teruja juga, siap tanya, nape tak marah aku yang suka ngada2 dengan dia, mamat ni sempoi ja jawap, sebab saya suka awak sebab tu tak marah.  Alangkah bahagia kan dapat lelaki cam ni, tapi cuma jauh ja, aku tak caya sangat dengan cinta jarak jauh, tapi yang menjadi aku teruja lagi dia sanggup datang dari Muar semata2 nak jumpa aku.  Lelaki2 lain ada buat macam tu, call aku malam2 tanya buat apa, tanya aku dah makan ke belum, tapi mamat ni lain skit, suka aku lebih skit kot.  Kalau lelaki lain banyaknya ego, bila nampak cam kita suka kat dia, dia cakap la dia anggap kita kawan ja. Kata2 tu sentap juga tapi redha ja, sebab mungkin orang tak suka kat kita sebab tu cakap cam tu. 

 Nasib baik aku tak buang Si Hairy tu, elok juga la aku melayan orang lain kan, sebab umur pun bukan muda dah, cari yang terbaik la.  Kalau lelaki ego sangat dengan kita, rasanya mungkin dia tak suka pun kat kita, biar la orang yang berterus terang dia suka kita, adalah lebih baik, sebabnya kita rasa disayangi dan bukan menjadi patung suruhan yang asyik kena marah je, cam orang bodoh.  Aku tak kisah sangat sebab aku rasa aku ja salu call, kalau dia suka dia mesti call aku kan, tu prinsip aku, may be Hairy lain skit, sanggup nak datang KL untuk aku.  Call aku selalu, tak kira siang malam, aku rasa dia cam suka aku, cuma aku ja yang berbelah bagi, jauh tu kuncinya, bestnya kalau dia dok KL, mesti dating hari2 kan.  Nak buat cam ne semua lelaki KL tak berani nak ajak aku dating, orang jauh je berani, anyway alhamdullilah ada juga orang sanggup datang jumpa aku. 




No comments: