Thursday, January 20, 2011

Mimpi Pelik

Sapa tidur tak pernah mimpi, sila angkat tangan, mustahilkan tak pernah mimpi. Lately ni aku kerap mimpi pelik2.  Yang aku tak suka tu orang lam mimpi tu aku tak kenal, orang ke jin, tuh yang aku risau.  Kat Beijing pun aku asyik mimpi gak, mimpi kalau dah pelik mesti nko rang pon takut kan, samalah cam aku.  Kalau salu tanya orang pasal mimpi kita ni, orang pun x suka, meluat pun ada, mesti lam ati dia cakap percaya kat mimpi, syirik tul minah ni.  Ntah la nak kata mainan tido pun iye juga, tapi kalau kerap sangat mimpi pelik mainann tido ker.  Banyak mimpi pelik aku kalau nak senaraikan kat sini mesti la orang cakap aku taksub dengan mimpi, so biar aku sorang je le tau apa yang aku mimpi.  Dari dulu bila aku mimpi aku akan refer tafsir mimpi dalam internet, idak pun aku refer kat ustaz yang tinggi ilmu agamanya.  Memang ada makksud tersirat di sebalik mimpi2 itu, best juga kalau kita tau apa maksudnya kan.  Tapi jangan lah asyik nak tafsir mimpi je, nanti idup tak keruan, idup dalam ketakutan, idup dalam tilikan jer.  So kalau mimpi yang setakat biasa2 aku syorkan tak yah le nak tafsir, kalau mimpi tuh berulang2 cam aku kena tu elok la gi jumpa ustaz, mana tau ada simbolik di sebalik mimpi itew. Dalam kehidupan harian kita mesti beringat, jangan ingat semua orang baik dan jujur dengan kita, waspada tutur kata, waspada makan minum, yang paling penting amalkan bacaaan al-quran yang dapat melindungi kita dari bahaya malapetaka yang tak diingini.






No comments: